Thursday 18 August 2016

transvaginal scan

Assalamualaikum..

Sambung balik pasal bleeding.. tetiba ad satu hari tu bleeding fresh blood keluar agak banyak..terus inform husband.. balik kerja pergi klinik..time nak scan tak clear sebab aku baru lepas buang air. So, terpaksa la aku minum air dan tunggu sampai pundi kencing penuh baru scan semula.

Waktu scan,  doktor kata saiz kantung awak mengecil. Dia bagi surat suruh aku refer hospital. Time tu aku dah fikir baby aku dah tak ada ni. Dah bagitahu emak sorry mungkin gugur.

Aku tak terus pergi hospital sebab balik dari klinik dah tak ada bleeding. Lagipon,  jumaat jb hospital cuti..ahad pun cuti sebab kebetulan 1 mei.

Makanya,  aku pergi hari isnin ke Hospital sultanah aminah Jb. aku dah redha..cuma mampu doa kalau zuriat ni milik aku titipkanlah roh padanya..kalau tak aku redha apa pun keputusan doktor.

Dari pukul 1 tunggu.. pukul 4.30 baru panggil register..ramai sgt orang.doktor plak tak cukup. Memang menguji kesabaran aku. Dah la tengah risau fikir pasal baby. Aku punyalah tahan nak buang air sebab nak scan.

Sekali bila nurse panggil..dia suruh aku pergi buang air dulu sebab nak scan ikut bawah..cuak aku.. alhamdulillah tak sakit pun guna tvs tu.. dan syukur baby aku masih ada. Siap ada heartbeat lagi.. saiz baby pon ngam tujuh minggu..

Doktor bagi mc seminggu. Suruh bedrest since aku still bleeding. Dia bagi sekali duphaston dan folic acid untuk sebulan..anak aku ni memang nak ibu dia rehat puas2. Yela , aku tak pernah cuti lama.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment