Tuesday 26 September 2017

I need to change

Assalamualaikum..

Bulan ni genap 5 Bulan gugur.. Lepas gugur yang kali kedua ni.. Emosi aku sangat tak stabil.. Aku kerap nak marah dan memberontak.  Mungkin Faktor aku tak kerja..lepastu aku stay Kat rumah sorang-sorang.. So, aku Jadi terlalu Banyak fikir..
.
Aku kerap salahkan takdir.. Aku Selalu bandingkan hidup aku dengan kawan-kawan aku. Seriously Aku rasa Berdosa sangat..terutama Kat Encik husband..  Kesian dia melayan kerenah aku..
.
Aku tak boleh terus Macam ni..  Aku kena pasang Azam Baru.. Mulakan balik hidup aku yang dah terumbang ambing ni..  .
.
So, Azam aku sebelum tahun Baru ni..

.
1) khatam Quran
2) turunkan Berat Sampai below 60kg (benda paling Susah)
3) nak baby ( Kalau Ada rezeki Kalau tak Redha jela.  Malas nak fikir dah.. Give up)
4) simpanan 5k
5) Bisness sales aku every month nak 2k
6) tak nak moody n marah-marah
7) nak flawless (hehehe Semoga suami happy isteri Cantik kebabom)
.
Tu jela..  So,ad lagi 3 Bulan sebelum tahun Baru Untuk make sure target aku ni berjaya..
.
"Allah please make me strong and guide me to the right way"


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 5 September 2017

Hari lahir yang Ke 29

Alhamdulillah...

Baru-baru ni genap usia aku yang Ke 29.. Sepatutnya Bulan ni Aku bersalin baby yang kedua.. Selepas aku keguguran tahun lepas. Tapi masih belum rezeki Aku..baby sekali lagi gugur Waktu usia empat bulan.  Kalau tak mesti ni hadiah birthday paling best.
.
Tahun lepas Waktu birthday Aku Tengah dalam pantang.  Tahun ni Aku tak rasa pun nak celebrate birthday Aku. So,  Takda bercuti kemana-mana macam tahun sebelum ni.. Just stay at home..
.
Dah Lama aku menyepi..tak update blog..  Mengandung kali kedua pun Aku tak sempat nak update perkembangan baby. Tapi dah tertulis aku belum layak bergelar Ibu di dunia..
.
Mengandung lagi???
Urmm..  Seriously bila fikir Umur aku,  Umur husband rasa macam lepas pantang tu nak pregnant Balik.. Tapi Aku perlukan masa tenangkan diri..  Aku dah Kira tahap meroyan jugak la Haritu.. Nangis je..  Dengan tak kerja..duduk rumah.. Stress Tau.. .
.
Sesungguhnya Aku yakin Allah Ada perancangan yang lebih baik Untuk aku..  2 anak syurga yang suci..hadiah yang bermakna Untuk aku.. Bukan di dunia tapi di akhirat..
.
Doa sempena hari lahir ni.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik..  Ketenangan hati..  Kuat dalam menempuh setiap ujian..  Sabar dalam setiap perbuatan.. Semoga Ada rezeki yang lebih baik menanti diri ini.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ