Sunday 30 August 2015

Merdeka

Assalamualaikum..

Kalau tahun lepas malam 31 Ogos adalah malam aku tidur lena dalam senyuman.. Sebab siang tu adalah majlis merisik.. Sekejap je masa berlalu. Dah setahun rupanya.

Merdeka ataupun makna lainnya kebebasan. Sempena merdeka ni aku nak pasang azam..hehe ada kaitan ke merdeka ngan azam? Suka hati aku lah kan.. Nak tulis apa pun

Azam1: nak jadi isteri yang solehah yang menyenangkan hati suami

Azam2: nak jadi anak yang tahu membalas jasa mak ayah

Azam3: nak jadi ibu ( huhu azam entah bila nak terlaksana..dulu fikir senang je dpt anak.. Tapi rupanya susah)

Azam4: nak kerja kat jb. Supaya dapat jg makan minum suami

Dah la 4 je dulu.. Yang balance tu tunggu 2016. Agak-agak boleh ke laksanakan 4 azam ni sebelum tahun baru??

"Good things comes to those who wait"

Aku suka quote ni.. Sebab boleh tingkatkan tahap sabar aku yang selalu menyusut. Macam vitamin plak quote ni kan..

Okey bye..

Mood happy sebab tunggu encik husband balik esok..:)




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 22 August 2015

usaha dan kejayaan

Assalamualaikum...



Sape pernah main game ni? Namanya fruit splash. Game ni simple je. Kita just splash fruit yang sama. Aku suka main game ni. Makin lama makin susah sebab kita nak kena make sure capai target markah yang dia sasarkan.

Ok..sebenarnya aku bukan nak story sangat pasal game ni. Tapi aku nak kaitkan main game dengan kehidupan seharian. Dalam hidup ni kita perlu ada target. Sesetengah orang kata jangan target terlalu tinggi sebab nanti tak tercapai.  Pada aku tak salah kita nak letak target yang tinggi dalam hidup. Yang penting usaha kena selari dengan target.

Macam aku main game ni. Nak capai target markah dia tu sampai berbelas kali gagal. Asyik2 kena retry. Kadang sampai tidur lewat sebab nak jugak capai level yang sepatutnya. Macam tulah jugak dengan kehidupan. Bila kita nak sesuatu kita kena usaha. Tak kiralah berapa kali kita gagal. Yang penting setiap lepas kegagalan kita bangkit dengan semangat dan usaha yang lebih untuk capai kejayaan.

Sekarang aku baru berjinak jinak nak masuk alam bisnes. Aku mula start dengan jual Dna GLobal stevia sejenis produk kesihatan. Tapi cam takda permintaan sangat. Lepas tu aku start jual tudung. Pun sama jugak. Rugi n terus rugi. But its ok. Bisnes memang bermula macam ni.

Sekarang aku tengah plan nak libatkan diri dengan takaful ikhlas. InsyaAllah dengan niat nak memudahkan hidup orang lain dan niat bekerja kerana Allah semoga plan kali ni berjaya.






Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

kawan susah senang

Assalamualaikum


Petang ni one of my bestfriend message..bagitahu yang dia baca blog aku..wah rasa cam touching..ingatkan tak ada orang nak baca blog aku..

Entry ni khas untuk kau Athirah. Thanks sebab corcern kat aku. Terima kasih atas semua nasihat-nasihat yang kau bagi. Lepas dapat mesej kau tu aku senyum je.

Athirah ni special..dia ni macam wanita besi tau..seorang yang sangat berdikari.bujang lagi.tapi aku percaya bila sampai jodoh dia nanti mesti suami dia baik dan penyayang orangnya. Sebab tirah ni baik. Wish u all the best and happy life my dear friend.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 21 August 2015

feeling enjoy

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bangun pagi ni dengan semangat baru. Tak nak dah fikir semua yang sedih-sedih. Lepas ni tak mau nangis-nangis. Aku nak enjoy setiap moment dalam hidup ni.

Memang setiap kehidupan ada pasang surutnya. Hidup mana yang mantain happy sokmo kan. Aku nak teruskan hidup dengan menghargai apa yang aku dah kecapi sekarang. Bab anak tu kalau ada..ada la... Abaikan kelebihan yang orang lain dapat. Sebab kita pun tak tahu kan..ntah2 sebelum ni dia dah berdepan depan dengan kepayahan.





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

positifkan diri

Assalamualaikum...

Kebelakangan ni entri aku kebanyakkannya berbaur kesedihan. Nangis...nangis n nangis.. Selalu fikir kenapa orang lain tu bertuah. Sekarang aku nak share dengan pembaca yang mungkin senasib dengan aku ataupun nasib lagi teruk dari aku..

Petang tadi memang aku down sangat.. Sebab group universiti aku suka sangat post pasal pregnant.. Tahniah aku ucapkan.. Mesti diorang happy sangat..sebab tu share semua benda. Tapi aku bila baca tuhan je tahu..automatik nangis..

So lepas nangis bengkak mata..aku muhasabah diri.. Sampai bila aku nak macam ni. Kahwin adalah anugerah yang perlu aku nikmati.memang semua nak zuriat. Tapi mungkin ada sebab kenapa takdir itu belum tertulis

1) belum cukup bersedia nak jadi ibu.. Makan pakai sendiri pun kadang tak terurus..

2) ujian hapuskan dosa2 lampau. Kadang kita rasa dah cukup ibadah yg kita buat. Solat tak tinggal siap dengan solat sunat lagi. Tapi mungkin dalam tak sedar tutur kata kita dengan mak ayah, suami atau kawan agak kasar atau terkecilkn hati diorang.

3) setiap ujian ada hikmah. Mula2 Allah turunkan ribut dan taufan supaya kita sentiasa dekat denganya. Sampai masa yang tepat pelangi tu akan hadir dan waktu tu kita akan rasa indahnya ujian Allah

4) supaya kita lebih memahami pasangan kita. Bila dah faham karakter pasangan.. Senang nanti nak didik anak2. Barulah bahagia rumahtangga.

5) peluang berhoneymoon.. Masa belum ada zuriat ni la peluang nak manja2. Nanti dah ada anak mesti duk manjakan anak je kan

6) semoga kita lebih bersyukur dan nikmati rezeki yang Allah dah bagi. Contoh rezeki mak ayah, ada suami yang baik, kerja bagus, ada bisness.. Kesihatan pun salah satu nikmat Allah jugak

Alhamdulillah...bila dapat type entry kali ni aku rasa tenang. Semoga aku terus positif.

Buat encik suami..hehe walaupun saya tahu awak tak kan baca blog saya ni. Tapi saya nak awak tahu. Awak adalah anugerah terindah yang Allah beri buat saya tahun ni..semoga terus jadi suami yang sentiasa membahagiakan isteri.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday 19 August 2015

tabahkan hatiku

Assalamualaikum..

Setiap detik aku didik supaya diri aku sabar dengan setiap ujian tuhan. Aku selalu nasihatkan diri sendiri tuhan tak kan uji hambanya tanpa kemampuan hambanya.

Tapi aku manusia biasa..ada masa aku tak kuat. Sampaikn aku persoalkan kenapa aku tak bertuah macam kawan2 aku yang lain. Kenapa senang je diorang bunting pelamin. Senang je diorang ada zuriat.. Apa dosa aku sampai aku perlu terima hukuman ni??

Kenapa doa2 aku tak termakbul..kenapa..kenapa n kenapa? Aku terpaksa story kat sini..sebab aku tak nak suami, mak ayah n kawan2 aku tahu yang aku tengah sedih.

Aku sedih bila mak asyik cakap2 pasal cucu.. Aku tahu suami aku pun sedih.. Lagi2 bila kawan2 die ramai dah start pregnant. Ada masa aku tertekan dan rasa terhina sangat. Macam tak guna je aku ni..

Ya Allah.. Maafkan aku sebab mempersoalkan takdirmu. InsyaAllah doa dan ibadahku akan ku teruskan supaya aku sentiasa dekat denganmu dan aku redha ya Allah..

Semoga harini kau basahkan aku dengan air mata. Tapi kemudian hari akan ada sinar bahagia buat hambamu.


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday 9 August 2015

interview 1

Assalamualaikum..

7/8/2015 aku ada yang temuduga di lian soon siong sdn bhd.. So aku pun apply la cuti.. Seminggu aku study macam2 pasal racun serangga.. Practice speaking bagai2.. Maklumlah last interview 3 tahun lepas.

Husband tersayang hantar aku g interview. Sampai2 sana isi maklumat peribadi. Lepas tu masuk bilik temuduga. Aku tunggu la cina yang nak temuduga aku tu.

Bila cina tu masuk aku senyum jela kat die. Pastu, soalan pertama.  " boleh cerita sikit u kerja buat apa n macam mana kerja u?". Sengal.. Speechless aku. Punyalah aku standby nak speaking skali cina ni hentam bhs melayu plak.

Aku pun explain kat die..then, die tanya aku handle instrument apa. Pastu, tanya ada guna gc x? Memg xda la kan..kat u pn x pernah guna.. Sekali last die kata mostly kerja u sama macam sini. Tp u tak bleh handle gc..so nanti saya kena tanya supplier boleh tak ajar u..

Interview dlm 15 minit siap..dalam hati memg x dapat la ni.. Kejap bebenor..  Masuk kereta..husband pun pelik..eh kejapnya..

Pastu terus mesej kakak hr yg offer aku kerja ni.. Skali die kata tak dapat la zira..bos kata kau more tu qc punya kerja..ok sentap..patah semangat aku nak duk jb.

Tapi aku yakin semua ni ada hikmah..walaupun sentap tapi aku redha.aku tak nangis pun. InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik. At least aku tak da la hidu racun hari2
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 4 August 2015

ujian kehidupan

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan sejak akhir-akhir ni aku kerap bersedih..entahlah..kadang rasa macam kuat kadang rasa tak.

Aku kerap nangis sorang sekarang ni. Depan orang aku senyum macam aku tak ada masalah. Tapi bila sorang2 hanya tuhan yang tahu. Aku malas nak kongsi cerita dengan orang sekeliling sebab diorang pun mesti malas nak dengar.

Sebab tu aku suka tulis blog. Aku suka luah apa yang aku rasa melalui penulisan. So at least kurang sikit tekanan yang aku hadapi.

Setiap hidup tak lari dari ujian. Buat masa ni aku perlu kuatkan diri dengan beribadah. Sebab bagi aku tu je cara supaya aku boleh tenang. Lagi satu aku fikir dunia ni sementara je. Lebih baik aku tumpukan perhatian untuk menuju akhirat.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ