Thursday 18 August 2016

Buat buku merah

Assalamualaikum..

Genap kandungan aku 10 minggu aku pun pergi la buat buku merah.. aku buat di kk kempas. Alhamdulillah, nurse kat sini semua baik-baik dan sopan santun.

Sebelum aku pergi buat buku merah ni aku google2 la dulu apa procedure yang sepatutnya. So, tak ada la nervous sangat.

Mula-mula nurse akan tanya maklumat peribadi.. contoh, tarikh last period, umur berapa datang period, mak ayah ada sakit apa-apa ke.. dah settle semua maklumat peribadi, nurse ambil darah dan suruh kita ambil air kencing. Lepastu, tunggu untuk jumpa doktor. Doktor scan..Alhamdulillah baby membesar sama macam due.

Kat kk ni kena bersabar sebab ramai sangat orang. Nasib alahan aku tak teruk. Kalau tak mau mengadap toilet jela.. memandangkan bmi aku terlebih.. so kena minum air gula 2 minggu selepas  tu..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment