Wednesday 30 September 2015

sensitif

Assalamualaikum...



Aku tak tahu nak cakap macam mana.. Tadi aku sembang2 dengan mak.. Tetiba dia bagitahu " adik kawan mak kahwin bulan 6 dah pregnant..." Huhu.. Aku senyap jela.. Pastu mak sambung lg " ko sedih ke kalau mak cakap2 macam ni..? Mak x pernah rasa apa ko rasa..ko x nak ke cuba2 makan betik jantan.. Kot2 bleh mengandung"

Mula2 aku ok je.. Tapi lepas tu ntah kenapa aku sensitif sangat. Aku naik bilik.. Laju je airmata ni.. Padehal aku dah janji dgn diri aku.. aku tak nak nangis.

Dalam hati ni..." Mak... Orang tak mintak sume ni.. Allah dah pilih orang utk dapat ujian ni. Kenapa susah sgt mak nak faham.. Orang tahu mak nak cucu.. Tapi Allah lebih tahu bila dia nak bagi.. Mak doakan dan sabar boleh tak.."

Dah la balik kampung baru ni ramai tegur aku dah berisi..diorang ingat aku pregnant. Kawan adik aku lagi la " kak akak nampak lain ni.. Dah berapa bulan?"... Yang cik husband pulak " bestnya tengok orang lain ada baby.."

Before ni aku da bagitahu yg cik p tintong.. So aku saja la g klinik nak tau kot2 aku sakit ke.. Dr bgtau sume elok..rahim pun ok.. Tapi dia suruh aku refer pakar pulak..huhu.. Sehari dua ni hilang selera makan aku.. Tidur pun kejap2 terjaga. Sebab asyik fikir apa masalah aku sebenarnya..

Seriously aku takut nak jumpa doktor.. Aku dah terbayang kena operation, ulang alik hospital, ambil ubat banyak2. Huhu.. Orang lain duk happy2 update g checkup baby.. Aku??? Duduk sorang2 fikir penyakit apa.. Bahaya ke tak..dah la suami jauh..aku malas nak citer2 ngan dia..sebab aku tak nak dia risau..

Sometimes aku rasa aku nak tetiba pengsan then aku bangun aku dah tak ingat sumenya..huhu sampai tahap macam ni..sabtu ni insyaAllah pergi checkup..uollss daokan aku sihat ye..





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 22 September 2015

simple wish

Assalamualaikum..

Pernah tak korang dapat message yang simple je..contoh la "good night", " take care", "miss u so much"?. Pastu korang senyum kemain lebar.. Hehehe..kalau ada mesti message tu dari orang yang korang sayang kan?

Kekadang perempuan ni bukan dia mintak seseorang lelaki tu beli hadiah branded, mahal2 untuk jaga hati. Cukup ucapan yang simple but ikhlas. Ini aku lah... Perempuan lain aku tak tahulah mungkin diorang minat kalau tiap kali merajuk husband atau boyfriend diorang bagi bunga. Tapi kalau tetiba husband aku buat camni..huhu aku suka la kan..but kalau tak pun aku tak kisah..

Tapi ucapan manis2 ni tak perlu la selalu sangat ucap..sebab lama2 macam basi..so hilang dah rasa sweet tu.. Pada aku better sesekali tapi tepat pada masanya..

Contohnya..kau punya la khusyuk study dalam kereta sebab nak interview kejap lagi.. Bajet nak hilanglan nervous..tetiba ad message whatssap masuk.. Message bergambar yang penuh dengan kata2 semangat supaya dipermudahkan urusan hari ni.. Ingatkan dari siapa..rupanya dari husband yang tengah drive kat sebelah..

Ececehhhh..bila aku senyum2.. Dia wat muka serius sambil cakap "salah send nak hantar kat orang lain.. " ..hahahaha.. Saje la tu nak bagi aku membebel..

But since dapat message tu hilang nervous aku. Senyum je g interview.. So, kekadang sesuatu benda tu walaupun nampak simple pada seseorang..tapi berharga pada orang lain. Hanya orang yang pandai menghargai je yang akan hargai benda simple2 ni.


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

interview gagal

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku pernah post interview 2 dekat industrial polymer sdn bhd.. Hurrmmm orang tu janji nak call selepas seminggu. Sekarang dah masuk minggu kedua tak call2 pun..

Nampaknya usaha aku gagal lagi. Aku tak tahu dah nak apply kerja lain tak lepas ni.. Sebab cuti aku pun dah tak banyak. Sebenarnya dah tawar hati pun ya. Penat encik husband nasihat janganlah cepat putus asa. Tapi entahlah.. Kenapa aku ni lemah sangat.

Bila semua yang aku rancang tak menemui kejayaan.. Aku selalu menung sorang-sorang. Apalah salah dan dosa aku. Kenapa sejak kebelakangan ni ujian datang bertimpa timpa..
Mungkin terlalu banyak sangat fikir sampaikan hormon aku jadi tak betul. Cik p dah tintong. Sebab banyak sangat sabar airmata pun memang dah tak mampu nak mengalir. Dah kebal kot.

Ya Allah janganlah kau uji hambamu dengan dugaan yang tak terdaya aku tanggung..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 15 September 2015

berangan





Assalamualaikum

Masuk bulan ni genap 5 bulan kahwin.. Dalam tempoh ni jugak la boleh dikatakan aku setia mengadap jobstreet tiap kali sebelum tidur. Sebab senang je pun.. Sambil baring2 klik je job mana yang aku minat. Tapi bila dah lama-lama tak da sangat company yang call suruh interview.. Tak pun dapat panggilan interview tapi tak dapat kerja..fedup la jugak. Mana taknya.. Aku kerap kena amik cuti sebab nak ulang alik interview dari selangor ke jb. Bos aku mesti dah dapat hidu aktiviti aku ni..hehehe..

Bila dah lama sangat apply keja sana sini tak dapat2 mulalah aku fikir nak berhenti kerja la. Tapi aku yakin 100% aku bukan jenis bleh duduk rumah. Yela aku bukan ada baby nak jaga pun. Bangun pagi.. Siapakn sarapan..kemas rumah.. Pastu tengok tv..tu je.. Huhu sehari dua boleh la.. Kalau sebulan..mau nya aku masuk hospital belakang rumah aku ( hospital tampoi)

Baru-baru ni aku bagitahu kat husband..susah sangat saya jual nasi lemak depan rumah jela. Mengekek suami aku gelakkan.."awak reti ke buat nasi lemak".. Huhu sindirin nampaknya..hahaha.. Aku jawap balik apa susah menu banyak tiru jela..ingat yang berjaya meniaga tu terus pandai dari mula ke? Setiap orang mesti belajar dari kekurangan dan kesilapan sebelum berada di puncak.

Jiran aku tu meniaga nasi lemak je pun.. Tapi boleh pakai kereta mewah.. Beli rumah berbuah2. Huhu really inspired me.. Aku ada degree tapi sampai sekarang kereta pun tak ada.. Asyik sibuk bayar hutang ptptn.

InsyaAllah.. Niat aku cari kerja lain bukan nak gaji tinggi. Cukup sekadar aku dekat di sisi suami. Mampu uruskan makan dan minum dia. Walaupun gaji lepas ni tak sebanyak 
gaji sekarang. Tapi rezeki itu pasti ada. Semoga Allah murahkan rezeki aku dengan niat suci lagi murni ni..


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 12 September 2015

cepatlah tidur

Assalamualaikum..

Jam dah pukul 3.15 pagi.. Aku tak tidur lagi.. Stress pulak aku dari tadi try pejam mata tak tidur2 jugak. Segar bugar mata ni. Jantung aku dupdap dupdap dari tadi. Kenapa ntah..

Ish..tak suka perasaan macam ni..jangan la ada something bad nak berlaku. Ke sebab aku tak mandi?? Aduyai..

Bila tak boleh tidur ni..rasa macam Allah tarik satu nikmat.. Ya Allah..ni baru Allah tarik nikmat tidur.. Kalau nikmat yang lain2 macam mana?

Semoga kita sentiasa syukur dengan anugerah yang Allah beri. Supaya kita boleh menjalani hidup ini dengan penuh kenikmatan..

Aku saja taip entry ni..sebab dah tahap kebosanan melampau.. Okey bye.

Aku try zikir banyak2 kot2 boleh lena...
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 11 September 2015

interview 2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bulan ni dapat lagi panggilan interview. Kali ni dekat industrial polymer sdn bhd. Jawatan senior lab technican. Interviewnya simple je.. Macam biasa dia tanya experience kerja. Pastu macam biasa jugak la die kata aku tak ada pengalaman dalam plastik. So dia takleh nak bagi aku jawatan as a senior.

Aku plak gatal- gatal mulut tanya jawatan lain tak ada ke. Pastu bos ni pon offer la aku jadi junior dulu. Tapi gaji rendah sikit la..sama lebih kurang cam gaji mula-mula aku kerja toyo. Tapi ada elaun. Huhu kalau fikirkan gaji memang mengeluhlah aku. Tapi fikirkan seorang isteri perlu disisi suami. So baik kita redhakan.

Yang interview aku tu general manager. Lepas interview dia bawa aku ronda2 kilang tu. Tunjuk kat mana lab. Environment labnya best jugak. Aku tak tahulah dapat tak job ni. 50:50.. Ada rezeki ada la. Nanti kalau dapat dia akan bagi email.. So tunggu next update..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday 3 September 2015

Anak

Assalamualaikum

Semalam aku teman husband pergi tengok member die baru bersalin.. Dapat baby girl..comel sangat.. Sampai-sampai je member die terus tegur aku kata " berisi zyra sekarang.." Huhu.. Berisi aka gemuk la tu.. Biasa la orang senang hati kan..lagipun sejak kahwin badan aku memang menternak lemak.

Tengah2 syok tengok baby ada seorang makcik datang.. Dengan lazernya die macam tak bersalah boleh plak tanya aku.. " awak tak ada anak lagi ke?" .. Tersekat kerongkong aku time tu.. Selamat kawan husband tolong jawapkan.." Diorang ni baru je kahwin.."

Aku pegang baby tu..sambil doa dalam hati " semoga satu hari Allah beri peluang saya ada anak macam awak. "

Malam tadi plak husband duk cakap-cakap pasal baby.. Kalau sebelum ni aku akan nangis bila husband duk cakap-cakap soal anak.. Tapi sekarang aku dah redha. Walaupun ada rasa sebak dan kerongkong cam tersekat nak berkata-kata. Tapi aku motivatekan diri supaya jangan stress.

"Husband maafkan saya sebab belum mampu tunaikan impian awak untuk ada anak. Belum mampu bagi awak gelaran ayah. Saya belum layak di gelar isteri sempurna. Saya akan terus istiqamah dalam doa saya. Semoga Allah makbulkan doa saya satu hari kelak. Harap awak tetap sayang dan sokong saya."
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

selamat hari jadi

Assalamualaikum


Alhamdulillah semalam 3/9/2015 genap usia aku 27 tahun.. Syukur tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan sepanjang tempoh ini. Alhamdulillah tahun ini dapat sambut birthday dengan suami tercinta. Cik husband bawak g cherating dan keliling kemaman. Walaupun hanya sekadar ucapan "selamat hari jadi sayang" cukup buatkan diri ini tersenyum seharian. Senang kan jaga isteri awak ni.. Tak perlu hadiah mahal2. Cukup ucapan yang ikhlas dari hati. Itu yang berharga bagi saya.

Terima kasih buat mak dan adik yang mendoakan kebahagian aku dan suami..mendoakan aku supaya dikurniakan zuriat.. Ditambah lagi doa supaya aku dapat anak kembar. Hehe..buat sahabat-sahabat terima kasih juga sebab doakan supaya panjang umur dan murah rezeki. Semoga Allah makbulkan doa kalian.

Doa aku buat diri sendiri.. Semoga aku dapat jadi anak yang baik dan isteri yang solehah. Semoga aku layak bergelar seorang ibu dan mampu mendidik anak-anak ku menuju ke syurga. Semoga aku dapat memanfaatkan setiap nikmat kurniaan ilahi. Semoga aku terus bersyukur dengan setiap pemberiannya. Semoga aku tidak lemah dengan ujian-ujian kehidupan. Semoga setiap yang aku lakukan mendatangkan manfaat. Dan andai aku aku mati... Matikan aku dalam iman dan tempatkan aku di jannah.







Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ