Wednesday 31 August 2016

Boringnya berpantang

Assalamualaikum..

Harini dah hari ke 19 berpantang.. Ada lagi 25 hari.. seriously boringnya la berpantang ni. Bab makan aku tak kisah sangat. Hari-hari kalau makan nasi dengan ikan bilis pon aku selera je.

Yang tak best sebab duk memerap kat rumah. Nak buat kerja-kerja rumah tak boleh kang bentan pulak. Nak jaga baby, baby pon tak Ada. So, keje aku baring jela. Sampai lelap. Kadang tengok tv tapi tak masuk dalam kepala apa Yang aku tengok tu.

Rutin aku Hari-hari bangun pagi mandi air suam yang dah campur daun-daun tu. Siap mandi aku pakai param, pilis dan bengkung. Lepas tu, aku makan cream creaker cicah Milo. Pastu, makan jamu. Siap semua aku mengoogle la segala macam benda and baca zikir-zikir Yang patut. Sampai tertidur..

Bangun tidur makan nasi.. pastu tengok tv or baca novel. Tunggu mak aku balik kerja pukul 6 lebih. Petang mandi makan semua pastu malam tido..rotate la Hari-hari..

Kalau message Encik husband.ayat dia Hari-hari sabar jela..huhu terpaksa la aku bertabah menempuh Hari-hari Yang lama lagi ni.. kalau ikut hati nak balik jb. Sebab Kesian mak aku Hari-hari tak cukup rehat jaga aku..

Terima kasih ya mak.
Kakak sayang mak.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 26 August 2016

Azam selepas pantang

Assalamualaikum

Ingatkan malas dah nak berbloging tapi sebab aku boring dalam pantang ni tak ada buat apa..duduk saja-saja kepala aku ligat la fikir apa aku nak buat lepas pantang ni.. nak tunggu   azam untuk tahun depan lambat lagi..so buat azam lepas pantang dulu la..

1) Memandangkan aku dah berhenti kerja sebab pregnant haritu..jadi lepas pantang ni aku plan nak cari kerja balik. Kalau ikutkan malas..tapi nanti duduk rumah melanguk sorang-sorang boring pulak

2) Dapat baby cepat2.. hahaha bunyi macam gelojoh je..sebenarnya aku fobia lagi. Takut nak tempuh 9 bulan..takut nak tunggu double line.. takut dengan bleeding. Tapi demi suami n mak ayah aku yang nakkan anak & cucu so, aku kena kuat. agak2 azam ni termakbul tak??

3) Nak kuruskan badan..target weight 55kg. Dalam pantang ni aku jaga makan betul-betul. Pastu, dah plan nanti dah sihat nak g joging dengan encik husband

4) Nak pergi bercuti.. tak tahu lagi nak pergi mana. Tapi aku betul-betul nak cari tempat yang boleh buat aku rasa tenang.

5) Nak ambil exam public mutual.. sebenarnya dari aku mengandung dah plan nak amik exam..tapi sebab pregnant tahap kemalasan tinggi.. baru baca sikit dah tutup buku. Jadi lepas ni kena semangat..

Tu jela... azam-azam lain tunggu hujung tahun. Mintak-mintak la semua azam ni termakbul sebelum hujung tahun. Apa pun aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. InsyaAllah tuhan dah tulis cantik diari hidup aku.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday 21 August 2016

Aku tak kuat

Assalamualaikum..



Ada masa Aku macam boleh terima takdir Dan Aku kuat nak berdepan ujian ni. Tapi Ada masa
Aku tak kuat. Aku kerapkan berzikir. Tapi tetap Ada ketikanya hati berbisik kenapa Aku?? Kenapa Allah pilih Aku?? Kenapa Aku tak bertuah macam orang Lain?? Kenapa Aku Yang  terpilih untuk nangis tiap-tiap hari?? Kenapa..kenapa..  kenapa

Setahun aku tunggu untuk dapat double line. Aku berhenti kerja sebab nak pastikan zuriat Aku sihat.  Aku tak buat kerja-kerja rumah.. Aku tak berjalan sana sini.. tak pergi kenduri sedara Mara sebab nak make sure anak Aku sihat.

Ya Allah.. Aku tak kuat... dah la husband jauh. Hari-hari message mintak husband bagi semangat.

Tak sabar Aku nak tunggu apa rahsia Dan berita gembira Yang Allah rahsiakan dari Aku disebalik ujian ni..

So, wait for next entry bila dah ada good news. Ramai yang datang melawat diorang kata next baby Allah nak bagi kembar sebab tu dia uji dulu. Doakan Aku ye...


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday 18 August 2016

Redhakan aku dengan takdirmu

Assalamualaikum..

Masuk harini genap seminggu Ibu berpisah dengan anak Ibu. Malam tadi Ibu tak dapat lelapkan mata. Ibu rindu anak Ibu. Bertambah sedih bila kawan baik Ibu duk upload gambar baby dia Yang baru lahir. Sedihnya hati Ibu sayang.. Ibu mengandu kat daddy Yang Ibu rasa tertekan..Ibu rasa nak left je dari group. sebab Ibu takut Ibu meroyan. Diorang tak berada kat tempat Ibu. Jadi Diorang tak tahu apa Yang Ibu rasa.

Daddy pujuk Ibu.. dia suruh Ibu banyakkan sabar. Sejak-sejak ni daddy kerap cakap I love u kat Ibu.. rasa sejuk jiwa Ibu. Ibu tahu daddy pun sedih. Tapi dia tak tunjuk depan Ibu. Dia nak Ibu kuat.

Daddy kata dia sunyi duduk sorang-sorang kat jb. Sebab tak Ada kawan nak gaduh.. sebak hati Ibu. Ada masa Ibu redha Dan boleh kawal perasaan. Tapi tiap Kali tengok Dan tatap wajah anak Ibu... Ibu tewas sayang. Tiap Malam Ibu teringatkan sayang. Ibu cium screen phone Yang ada wajah sayang.

Separuh jiwa ibu dah terbang ikut sayang. Sampaikan Ada masa Ibu fikir.. kenapa Ibu tak terus je ikut sayang masa Ibu bersalinkan sayang haritu. Ibu belajar untuk redha. Ramai Yang senasib dengan Ibu. Diorang faham apa Yang Ibu rasa. Kami sama2 bagi semangat pada diri masing2.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Part 3: syurga buatmu sayang

Sambungan...

Selepas selesai urusan baby Aku dipindahkan ke wad. Malam tu semalaman Aku tak tidur. Masih terasa tendangan baby. Walaupun hakikatnya dia dah tak Ada dalam rahim Aku.
Semalaman jugak la Aku nangis.

Esok paginya husband Aku sampai. Dia Dan ayah Aku uruskan jenazah.. anak syurga ni kami namakan Muhammad Amir firdaus..maknanya pemimpin syurga. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan upm.

Ke esokkanya Aku kena buat proses cuci..sebabnya doktor Kata Ada sikit uri tertinggal kat dalam. Kena puasa dari pukul 9 pagi sampai 4 petang.

Pukul 4 Aku ditolak ke OT room.. mulanya doktor decide nak bius bagi Aku tidur..Tapi memandangkan rahim Aku dah membesar so bius half body. Memang Aku tengok jela diorang dok rodok bawah Aku ni..

Macam-macam pengalaman. Aku berdoa semoga Aku kuat nak tempuh berpantang tanpa baby di sisi. Selamat Ada mak,ayah Dan suami di sisi. diorang la Yang bagi semangat tiap Kali air Mata ni gugur. Terima kasih jugak buat kawan2 Yang tak putus bagi Kata semangat.

Sedih Memang Sedih.. Tapi Aku bersyukur. Aku ni banyak dosa..solat pon kadang-kadang lewat.. Tapi Allah tetap sayang Aku.Dia hadiahkan Aku anugerah Yang terindah Yang akan tunggu Aku di pintu syurga.

Sayang..kamu akan sentiasa Ada Dan hidup hati ibu dan daddy. sejak dalam perut kamu Memang sayang sangat kat Ibu. Sebab Ibu tak Alah macam orang lain. Tapi daddy Yang Ada Alah, kencing kotor semua daddy Yang rasa. nantikan Ibu Dan daddy Ya sayang.

Syukur jugak dapat merasa pengalaman bersalin, berpantang Dan Pam susu. So Kalau Ada next baby Aku dah lebih matang.





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Part 2: Syurga buatmu sayang

Sampai hospital Aku terus dimasukkan kat zon kritikal. Ramai orang pulak tu.. mostly semua kes bleeding. Aku dah tak boleh nak duduk. Kejap pusing kanan Kejap Kiri. Pastu doktor datang scan Aku..dia pun tak pasti kenapa.

Tapi sebab Aku dah sakit sangat so Diorang hantar ke wad bersalin. Mak Aku pulak tak boleh teman Aku. Suami Aku pulak dekat jb. Sorang2 la Aku menanggung sakit.

Dekat sejam dalam tu baru Ada doktor datang check Aku. Aku baring sambil merengkok. Doktor Tanya macam- macam Aku tak berdaya nak jawap. Pastu doktor scan.

Macam Ada satu Batu besar hempap kepala..bila doktor bagitahu baby dah masuk laluan. Jalan dah buka 7cm.. doktor Kata memang tak boleh nak buat apa. Dia kata kalau rasa nak push just push.

Aku keluar dari bilik tu Dan duduk kat kerusi. Tahan sakit lagi..Sampai satu tahap Aku dah rasa nak terberak. Aku inform nurse Aku dah tak Tahan. Then, Aku baring atas katil.

Dengan 3 or 4 Kali teran lahirlah anak syurga Aku. Aku memang tak keluar Lansung air Mata.  
Masa nurse pegang baby.. jantung anak aku masih berdenyut. Bila nurse bagi Aku suruh cium baby.. time tulah baru Aku macam kat Alam nyata. Aku nangis semahunya sebab anak Yang Aku kandung selama 5 bulan dah tak Ada. Aku cium anak Aku sepenuh hati. comel anak ibu iras daddy. Hidung je ikut ibu. Nurse tenangkan Aku. Dia kata dah Ada Yang menunggu Aku kat sana.

Sebelum proses nak uruskan baby bawak balik rumah nurse letak baby sebelah katil Aku..sepanjang tu Aku nangis Dan berdoa..  " anak ibu dah jadi anak syurga.. tolong aminkan setiap doa2 ibu Ya nak.. ibu Dan daddy sayang sangat2 kat kamu. doakan ibu cepat dapat adik.. kamu memang anak Yang baik sejak dalam rahim ibu lagi.."



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Part 1: Syurga buatmu sayang

Assalamualaikum...

13/8/2016 tarikh Yang takkan luput dari ingatan Aku. Semuanya terjadi bagaikan mimpi.

Aku bangun pagi sepeti biasa..Dan seperti biasa Aku akan pegang perut Dan berbual dengan kandunganku.. terasa gembira tiap Kali dia bergerak

Jam 9 pagi Aku bersarapan.. Ada kelainan Yang Aku rasakan..terasa sakit pada bahagian pinggang. Aku fikir sakit biasa baby nak membesar.. pukul 1tghari sakit makin kerap sekejap pinggang kemudian perut..Aku gosok2 sambil tak lekang dengan baca ayat kursi

Sepatutnya nak pergi kenduri kahwin tapi sebab sakit Aku suruh mak Dan ayah je Yang pergi. Aku bagitahu lepas balik kenduri bawakkan Aku pergi klinik. Sementara tunggu mak ayah balik kenduri Aku pergi toilet..Ya Allah darah!! Penuh panties..

Aku terus call mak bagitahu nak pergi klinik. Parents Aku terpaksa patah balik tak jadi pergi kenduri. Diorang sampai Aku terus pergi klinik berdekatan. Tutup pulak. Aku buat keputusan untuk pergi Az zahrah bangi.

Sampai sana scan semua OK..baby aktif. Lega dengar. Check air kencing pon OK..cuma doktor kata sakit mungkin sebab ad jangkitan kuman.

Balik dari Az zahrah Aku makan ubat..tapi sakit tetap tak reda. Baring duduk semua tak kena. Aku bagitahu mak nak pergi hospital sebab sakit sangat-sangat. sakitnya rasa contraction setiap 5minit..dalam hati terfikir rasa sakit ni macam orang nak beranak..

Sambungan part 2




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Buat buku merah

Assalamualaikum..

Genap kandungan aku 10 minggu aku pun pergi la buat buku merah.. aku buat di kk kempas. Alhamdulillah, nurse kat sini semua baik-baik dan sopan santun.

Sebelum aku pergi buat buku merah ni aku google2 la dulu apa procedure yang sepatutnya. So, tak ada la nervous sangat.

Mula-mula nurse akan tanya maklumat peribadi.. contoh, tarikh last period, umur berapa datang period, mak ayah ada sakit apa-apa ke.. dah settle semua maklumat peribadi, nurse ambil darah dan suruh kita ambil air kencing. Lepastu, tunggu untuk jumpa doktor. Doktor scan..Alhamdulillah baby membesar sama macam due.

Kat kk ni kena bersabar sebab ramai sangat orang. Nasib alahan aku tak teruk. Kalau tak mau mengadap toilet jela.. memandangkan bmi aku terlebih.. so kena minum air gula 2 minggu selepas  tu..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

transvaginal scan

Assalamualaikum..

Sambung balik pasal bleeding.. tetiba ad satu hari tu bleeding fresh blood keluar agak banyak..terus inform husband.. balik kerja pergi klinik..time nak scan tak clear sebab aku baru lepas buang air. So, terpaksa la aku minum air dan tunggu sampai pundi kencing penuh baru scan semula.

Waktu scan,  doktor kata saiz kantung awak mengecil. Dia bagi surat suruh aku refer hospital. Time tu aku dah fikir baby aku dah tak ada ni. Dah bagitahu emak sorry mungkin gugur.

Aku tak terus pergi hospital sebab balik dari klinik dah tak ada bleeding. Lagipon,  jumaat jb hospital cuti..ahad pun cuti sebab kebetulan 1 mei.

Makanya,  aku pergi hari isnin ke Hospital sultanah aminah Jb. aku dah redha..cuma mampu doa kalau zuriat ni milik aku titipkanlah roh padanya..kalau tak aku redha apa pun keputusan doktor.

Dari pukul 1 tunggu.. pukul 4.30 baru panggil register..ramai sgt orang.doktor plak tak cukup. Memang menguji kesabaran aku. Dah la tengah risau fikir pasal baby. Aku punyalah tahan nak buang air sebab nak scan.

Sekali bila nurse panggil..dia suruh aku pergi buang air dulu sebab nak scan ikut bawah..cuak aku.. alhamdulillah tak sakit pun guna tvs tu.. dan syukur baby aku masih ada. Siap ada heartbeat lagi.. saiz baby pon ngam tujuh minggu..

Doktor bagi mc seminggu. Suruh bedrest since aku still bleeding. Dia bagi sekali duphaston dan folic acid untuk sebulan..anak aku ni memang nak ibu dia rehat puas2. Yela , aku tak pernah cuti lama.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

bleeding ketika kandungan 6 minggu

Assalamualaikum..

Bleeding minggu keenam ni yang aku perasan sebab aku keluar pergi shopping kat angsana. Mungkin sebab banyak berjalan dan kebetulan ada kena turun tangga. Balik malam tu ada darah fresh blood tapi sikit jela. Ya Allah tuhan je yang tahu time tu perasaan aku macam mana.  Risau2 jugak tapi tetap positifkan diri.

Pagi tu bangun just ada brown spot setitik so, lega.. aku decide pergi jela kerja.. time kat office aku monitor still ada fresh blood sikit and brown spot.. hati dah tak sedap..bagitahu encik husband petang nak pergi klinik..

Sepanjang duk tunggu dari lunch sampai la nak balik mulut aku ni duk kumat kamit baca ayat kursi dan segala bagai zikir yang aku tahu. Alhamdulillah tenang sikit hati.

Kat klinik doctor scan kantung still cantik dan bulat lagi.. cuma baby lom nampak.. pastu doctor check saiz kata 5minggu..doc kata xda perkembangan..huhu nk nangis rasa.. tapi doc try measure balik.. tengok2 saiz kantung ngam2 6 minggu.. so bermkna sama la dengan
Yang sepatutnya..syukur alhamdulillah..

Doktor ada bagitahu yang kalau keluar fresh blood kandungan akan 50:50.. aku dah tau benda ni sebab tu aku risau. So, doktor bagi mc 3 hari..

Sayang ibu..please jangan buat ibu risau..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Bleeding ketika kandungan 5 minggu

Assalamualaikum..

Flashback.. sewaktu kandungan 5 minggu tetiba ada bleeding..  waktu kejadian ni aku ada kat office..nervous aku time nampak ada darah..tapi sikit je. Terus aku bagitahu member office aku. Dia pun pregnant jugak. Dia nasihat suruh aku ambil halfday dan pergi jumpa doktor.

Terus call encik husband bagitahu pasal bleeding tu.. risau dia.. dia mintak aku doa banyak-banyak. Pergi klinik dalam pukul 1. mostly, semua klinik tutup sebab pergi lunch.. Ya Allah sabar je aku time tu..dah la tengah susah hati. After lunch hour plak..pergi klinik banyak pulak yg tak ada scanner.. sabar jela..

Last-last aku pergi balik kat klinik yang aku mula-mula pergi minggu lepas..mulanya tak nak pergi situ sebab segan plak last week dah pergi sana..

Time jumpa doktor aku explain la apa yang jadi. pastu doctor scan..Alhamdulillah dah nampak kantung

Doktor bagi mc 2 hari.. Dia nasihat aku kena bed rest.. so, esoknya memang seharian la aku baring kat rumah.. keesokkannya bleeding dah tak ada.. mak aku nasihat kerapkan berzikir..yakin dengan Allah.kawan aku pun ada bagi doa suruh aku amalkan. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

tanda awal mengandung

Assalamualaikum

Lain orang lain ragamnya..setiap orang tak sama situasi bila first time dapat tahu diri pregnant. So, aku nak share dengan korang kot2 korang pun ada tanda2 yang sama...

1) seminggu sebelum period ada rasa mild senggugut... dalam dua tiga hari..

2) cirit birit...2 hari lepas lewat period aku kena sakit perut..asyik membuang je time tu

3) kulit tiba-tiba jadi burn.. tapi yang ni tak sure..sebab aku ada tukar product skin care..mungkin kesan pakai product tu kot

4) Diet..tapi berat tak turun-turun.

5) kerap mengantuk..pantang ada rehat mesti lelap. Kalau menaip kat office asyik tersalah taip je..yela mata ngantuk tak boleh fokus

6) semua makanan rasa tawar..

7) lewat period.. dan pregnancy test positif

Tu jela tanda-tanda yang aku alami.. yang lain sume encik suami amik..dia mual, sakit kepala , sakit perut..tak selera makan..asyik nak kunyah yang masam-masam je..

encik suami jelous je tengok bini dia.. makan selera.. kejap2 lapar.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Anugerah terindah

Assalamualaikum...

Tak sabar rasanya nak kongsi berita gembira. Lama dah aku tulis entry ni tapi tunggu masa Yang betul-betul sesuai nak post.

Syukur Alhamdulillah..kini aku berbadan dua.. throwback balik masa mula-mula dapat tau pregnant. Masa tu cik p dah lewat 3 hari..dah rasa lain macam.. memandangkan aku memang ada stock pregnancy test so saja-saja la buat test waktu bangun subuh.. masa tu tak mengharap sangat sebab sebelum2 ni kalau buat test mesti negatif..

Tapi kali ni sekejap je terus naik double line.. Ya Allah syukur tak terhingga.. lepas sarapan pagi tunjuk pregnancy test kat encik suami..
Dia tanya "apa ni??..macam mana nak tau positif ke tak??" .. jenuh nak explain.. lepastu terus ajak pergi checkup..hehe

Actually aku still tak percaya..sebab takut stick tu rosak..so bagitahu encik suami aku nak test guna yang digital dulu.. so, keesokkan harinya
baru test guna digital

11/4/2016


Alhamdulillah...barulah yakin.. dalam keadaan yang aku tak bajet akan pregnant..sebabnya bulan tu aku tengah diet..kengkonon nak turunkan berat dulu sebelum plan pregnant..aku tengah buat diet atkin time tu..patutla berat aku tak turun2. Rupanya dah ada dua nyawa..

Yang paling happy ni kira hadiah anniversary 1st kitorang..rupanya time celebrate dekat soul garden tu anak ibu dah ada sekali.. 

Moga anak ibu membesar dengan sihat dalam rahim ibu ye sayang..will take care of you..ibu n papa akan jaga kamu sebaiknya..love u sayang..

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ