Wednesday 24 June 2015

kuatkan diriku

Assalamualaikum,

Ya Allah..entah kenapa bangun pagi ni rasa nak nangis..apesal la hati ni halus sangat macam kulit bawang.

Mungkin punca asyik fikir pasal nak zuriat kot.. Asyik bersoal jawap dengan hati..kenapa doa aku belum makbul? Kenapa org lain dah pregnant? Kenapa aku tak macam orang lain? Aku tak subur ke..? Tak sempurna rasanya kahwin tanpa anak. Aku stress bila orang sekeliling comparekan aku dengan kawan2 yg dah pregnant.

Sampaikan semalam kena tegur ngn husband. Dia pesan jangan kerap sangat makan udang..huhu..tu pun aku nak sentap..padehal aku tak kisah pun. Udang pun bukan favourite aku.

Kadang marah jugak kat diri sendiri..ko boleh x sabar sikit!! Jangan nak ngada2 sangat.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 13 June 2015

makbulkan doaku

Assalamualaikum..

Hari berganti hari..bulan berganti bulan..setiap hari tak putus2 aku berdoa semoga di kurniakan rezeki zuriat secepat mungkin..entah kenapa naluri nak jadi ibu membuak2 dalam diri. Mungkin sebab faktor usia yang dah meningkat kot.

Bila kawan-kawan yang kahwin lebih kurang sama dengan aku dh start update status dah berbadan dua...Ya Allah aku tumpang gembira kerana rezeki mereka sampai dulu..tipu la klo tak rasa sedih dan kecil hati bila ada orang keliling tanya " kau dah ada isi ke?".. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu..aku hanya boleh balas jawapan mereka dgn senyuman.

Ada kadang-kadang klo orang tanya2 aku jawap je.." Saya lambat skit..sebab target nak dapat kembar.." ( hehe berangan sgt)

Alhamdulillah walaupun kadang aku stress dengan perangai2 manusia yang over caring ni tp still ramai yang bg support n nasihat supaya aku sabar.Dalam sabar ada masa tumpah jugak air mata aku time sujud.menangis bukan sebab menyalahkan takdir..tapi mengumpul kekuatan..

Aku yakin satu hari rezeki tu akan datang..masa tu nanti mesti aku rasa indahnya ujian Allah yg kecil ini..mungkin sekarang aku kena perbaiki diri sebagai persediaan jd ibu.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ