Saturday 24 October 2015

Harta yang tak ternilai

Assalamualaikum...
Ayah 
Mak 

Ni lah harta tak ternilai yang aku maksudkan. Kalau orang nak bagi aku berjuta - juta ringgit pun takkan sama dengan harta yang satu ni. Memang takkan ada yang boleh gantikan mereka. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan mak ayah yang seperti mereka. Sejak kecil mereka didik aku dengan didikan agama. Belajar menghormati orang tua.

Ayah aku ni jenis tegas orangnya. Dia sangat pentingkan pelajaran. Ingat lagi dulu kalau aku tak dapat results bagus kat sekolah die tak mau pergi ambil report kad aku. Pernah sekali la. Time tu aku darjah 5. Aku dapat nombor corot.. Aku ingat ayah main2 tak nak ambil report kad..sekali betul2 dia tak datang. Nangis-nangis aku balik sekolah. Yela, malu kot ayah aku sorang je Yang tak datang.. Sejak dari tu aku belajar betul-betul. Ayah sangat2 menjaga batas pergaulan aku. Die takkan bagi izin aku keluar rumah suka hati. Kadang dia buat aku rasa terkongkong..masa tu zaman remaja...darah tengah berkobar nak meneroka dunia. Sekali kena halang mesti la frust. Tapi bila dah matang ni aku faham tindakan ayah tu sebab dia sayangkan aku. Yela, susah jaga anak perempuan ni.. alhamdulillah..selamat aku ni jenis dengar kata. 

Mak aku jenis mak yang paling sporting. Kadang2  tak rasa macam mak. Tapi lebih kepada kakak2. Setiap kali ada masalah aku suka kongsi dengan mak. Maklumlah aku tak ada adik perempuan lain. Mak aku Ni jenis perempuan paling sabar yang pernah aku jumpa. Walaupun dia ada masalah kita takkan perasan sebab dia selalu happy. Pernah sekali mak aku sakit tiba-tiba dan doktor bagitahu mungkin akan strok.. Ya Allah time tu rasa macam mana aku nak berdepan semua ni. Tapi, berkat doa Alhamdulillah sakit mak dah pulih. Seorang yang bergelar ibu ni memang wanita besi. Sume benda die boleh buat.

Tak terbalas rasanya setiap pengorbanan mereka untuk aku. Paling sedih time nikah haritu.Bergenang air mata mak dan ayah aku. maklumlah puteri mereka dah jadi hak orang. Tapi walaupun aku dah kahwin. Kasih aku pada mak ayah tak akan berkurang. Aku akan jaga mereka selagi ada kudrat aku.. selagi mak dan ayah kita masih ada hargailah mereka. Mereka tak harap wang ringgit dari kita..cukuplah korang beri kasih sayang. Kalau satu hari mak dan ayah baca blog ni..kakak nak mak n ayah tahu kakak sayang sangat kamu berdua.. terima kasih jaga kakak dari dalam perut lagi sampai sekarang.  semoga panjang umur. InsyaAllah coming soon jaga cucu2 pulak ye..

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 20 October 2015

interview 3

Assalamualaikum...

Semalam aku gigih apply kerja..email beberapa company. Tup tup petang tadi satu company ni reply suruh datang interview..jawatan chemist dekat ulu tiram. Mula2 aku kemain excited lagi bagitahu kat husband.

Pastu bila sampai rumah, aku kaji2 pasal company ni macam tak best la pulak. Company ni buat barang electric dengan electronic. Lagipun dia tak bagitau gaji berapa..scope kerja pon tak ada...tula apply lagi ikut hati yang
Nak sangat duduk jb.

Lagipun agak jauh dengan tempat tinggal. So, husband pon nasihat kalau tak minat takyah la g.. Aku pun ok jela.. Cuma rasa bersalah pulak..bila tak panggil interview sakit hati..dah panggil tak pergi pulak..macam menolak rezeki pulak aku ni.

Kekadang aku ni..rasa hidup tak ada hala tuju.. Kabur macam jerebu sekarang ni. Hidup tanpa matlamat. Entahlah apa nak jadi.. Sampaikan kadang aku bagitau kat officemate yang aku dah give up.. Konon nak berniaga tapi tak nampak hasilnya.. Tapi untuk kuatkan semangat aku selalu pesan pada diri " orang yang berjaya bermula dari kegagalan"
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Monday 19 October 2015

Dalam dilema

Assalamualaikum...

Pagi ni mood aku swing2.. Aku diam je masa kat office tadi. Pastu aku update status kat fb "4 tahun lebih dan aku masih di sini..bilakah agaknya dpt rezeki kat tempat lain"

Sebenarnya semalam aku keluar dengan bestfriend aku..sembang2 cerita ngan dia yang aku ni dah boring apply kerja sana sini tak dapat. Sekali die kata " better ko berhenti rehat dua tiga bulan..ko keluar university ko terus kerja tak macam orang lain ada jugak rehat2.. Ko duduk rumah tenangkan fikiran dan duduk dengan suami kau.."

Aku fikir betul jugak cakap dia. Tapi yang runsingkan kepala aku ni aku takut kalau berhenti nanti tak dapat kerja lain lagi stress. Tapi aku pernah baca artikel..pengorbanan isteri..insyaAllah rezeki tu ada kat mana2 tak perlu takut..

Aku plan kerja jela sampai bulan january tahun depan... Kalau dalam tempoh tu tak dapat jugak kerja.. Aku rasa aku kena tekad berhenti kerja..duit banyak hati tak tenang watpe kan..

Nampaknya kena ishtiharah ni...semoga Allah memberi jalan dan ruang buat hambamu yang lemah ini.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday 18 October 2015

mimpi dapat anak comel

             Assalamualaikum...





Mimpi ni minggu lepas sebenarnya.. Boleh plak aku mimpi aku dapat anak comel sebijik cam anak cik ta yang pompuan tu... Dalam mimpi tu aku cium budak tu beriya riya..rasa syukur sangat akhirnya ada baby..sampai keluar air mata.. Aku bangun tu siap basah kat mata ni.. Punyalah real aku nangis.. Bangun tu senyum sorang2.. Mimpi rupanya..kalau la betul kan best.. 

Pastu terfikir pulak orang kata mimpi budak2 ni ada kaitan dengan saka..isshhh scary plak aku..mintak simpang la..

Yang membuatkan hati ni berfikir mimpi tu mungkin petunjuk aku nak ada baby kot.. Sebab time tu cik p dh lewat seminggu.. Hati dah berbunga-bunga..skali hampehlepas 10hari lewat cik p datang pulak.. Huhu..berduka lara la lagi makcik..

Takpelah..pasni mimpi2 ni abaikan je.. Anggaplah hiburan tidur je.. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 16 October 2015

Solat Dhuha

Assalamualaikum...

Dulu-dulu aku selalu tengok nenek aku solat pagi-pagi dalam pukul 10.. Masa tu aku kecik lagi.. Aku pun fikir nape nenek aku solat subuh lambat.. Rupanya bila dah berakal sikit barulah aku tahu yang nenek aku solat tu solat sunat dhuha rupanya.

Solat sunat dhuha ni waktunya dalam pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tghari. Paling afdal adalah bila matahari sedang meninggi iaitu dalam pukul 9.30-10.00 pagi.

Bagi orang yang istiqamah buat solat dhuha ni InsyaAllah akan terbentang luas rezeki buatnya. Ramai yang akan kata..macam mana nak buat solat ni kan waktu bekerja.. Solat ni senang je.. Dua rakaat je pun.. Kalau tak boleh buat time kerja.. Buatlah time cuti..

Alhamdulillah..walaupun doa2 yang aku mintak waktu aku solat sunat ni belum termakbul.. Tapi Allah hadirkan satu ketenangan buat aku... Aku belajar terima takdir yang Allah dah tulis buat diri ini. Aku boleh senyum dengan setiap ujian yang di beri. Terasa Allah sentiasa dekat dengan diri ini. Mudah-mudahan aku akan istiqamah.








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 13 October 2015

salam maal hijrah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk tahun baru islam hari ini.. Sempena awal muharam ni aku nak mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga. Rasanya banyak kenangan indah yang aku perolehi pada tahun sebelumnya..

1) kenaikan pangkat. Alhamdulillah sebelum ni aku assistant chemist. Sekarang dah jadi chemist

2) naik pangkat jadi seorang isteri.. Yang sebelum ni hanyalah dalam angan-angan je.. Alhamdulillah dah jadi kenyataan

3) Dikurniakan seorang suami yang sangat baik. Sangat memahami dan sabar dengan kerenah isterinya.

4) Dapat keluarga baru. Alhamdulillah sebelum ni keluarga aku kecil je 5 orang je.. Bila dah kahwin keluarga makin ramai..ada mak n ayah mertua..kakak n abang ipar..anak2 buah.

5) Alhamdulillah aku sentiasa sihat..setakat batuk sikit2 tu ada la.. Dah lama tak mc.. So aku consider aku sihat..

Semoga aku terus menjaga dan mensyukuri nikmat darinya.. Semoga tahun baru ini ada rezeki kehadiran orang baru yang bakal mengeratkan lagi hubungan rumahtangga kami. Hehe.. Harap tahun depan naik pangkat jadi ibu pulak..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday 4 October 2015

kuruskan badan: part 1

Assalamualaikum..

Harini genap 6 bulan kahwin. Perubahan yang paling mendadak adalah berat badan aku naik dengan jayanya. Baru-baru ni aku timbang berat aku dah 68.1kg.. Padehal time kahwin ritu berat aku 62kg. Ramai jugak yang tegur badan aku naik..expecially Encik suami. Dia perasan bertambah-tambah dah lemak bini dia. Spare tyre pun dah banyak..

So, sebelum mencecah 70kg baik aku kawal apa-apa yang patut. Lagipun setiap kali nak pergi kerja aku kelang kabut cari seluar yang besar2. Sebab mostly seluar kerja aku dah tak boleh nak zip.

Encik husband pon dah janji nak fight untuk turunkan berat badan. So, target aku nak turunkan 2kg every month. Seriously, rasanya 10tahun lepas kot berat aku bawah 60kg. Hopefully, tahun baru nanti aku dah susut la sikit.

Kalau sebelum ni nak turunkan berat aku rajin buat atkins. Tapi penat oooiii.. Hari-hari ko nak makan protien je.. So, untuk kali ni aku plan untuk berpuasa seminggu. Skali la dengan puasa ganti.. Kurangkan ambil benda2 manis dan makanan ringan. Bangun awal dan buat senaman ringan..

Semoga berjaya..

4/10/2015=68.1kg
Target: 1/1/2016= 60kg


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 3 October 2015

Pakar sakit puan

Assalamualaikum..

Harini aku plan nak pergi klinik pakar nak check berkenaan ngn cik p aku yg tetiba lama. Sebelum pergi aku google la klinik2 pakar yang best. Ramai yang cadangkan An- nur bangi dan klinik jameaton seri kembangan. 

Aku pergi klinik jameaton dulu sebab dekat. Skali Dr perempuan tak ada. Esok bru ada. Pastu pergi an- nur pun sama. Dr pakar half day je..last2 aku pergi Az- zahrah. 

Sama jugak pakar tak ada. Kalau nak kena buat appointment. Last2 plan jumpa jugak la Dr biasa dekat az zahra. Tapi aku request nak Dr perempuan. So kena tunggu lama sebab ad sorang je Dr perempuan.

Sejam tunggu baru panggil nama. Aku pun tunjuk la Dr surat yang klinik panel bagi. Pastu dia tanya la dah kahwin belum, anak berapa, berapa bulan kahwin?period regular tak?. Pastu yang paling tak leh blah bleh plak tanya nape nak check awak risau ape..? Eeh Dr ni dah ni 1st time jadi dalam hidup aku off course la risau.

Pastu Dr suruh masuk bilik scan. Sambil2 scan tu dia bagitahu la yang rahim sume elok. Cantik je. Tempatnya pun elok, cyst pon tak ada.. Then, Dr tanya ada makan jamu ke? Ada stress ke? Duduk sama ke pjj? 

Aku bagitahu la... Tak ada makan pape jamu. Cuma folic acid je. Pjj husband kat jb.

Dr kata normal la duduk jauh lambat pregnant. Folic acid bagus makan untuk hilangkan stress dan kuatkan rahim. Dr suspect aku stress kot.. Dr nasihat jangan stress2, jangan terlalu fikir nak baby( cam tau2 je..). Sebab kalau fikir sangat nak baby pun kacau hormon jugak.

Alhamdulillah tak ada yang membahayakan. Aku risau je kalau2 kena operate..hehe.. Lepas jumpa Dr nak buat pembayaran kemain lama aku tunggu. Padehal bukan ada orang pun
 Bila aku dah buat muka sambil mulut aku cakap " lembap" ..nurse tu perasan kot..baru la terhegeh hegeh tanya nama aku apa.. Baru sibuk2 nak suh aku buat pembayaran..sabar jela..

Scan + folic acid 30 biji = RM 60

Ni lah rupa folic acid


Murah jugak... Dari klinik panel aku scan je dh Rm 50. 

So, mulai harini jangan stress2. Banyakkan zikir..yang penting stop crying ye puan azyra.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ