Wednesday 19 February 2014

Ingatlah walau sekejap

Assalamualaikum...

Menyesal plak minum nescafe tadi.. kan dah susah nak tidur.. Alang-alang dah lama aku tak menaip so meh la sesape yang belum tido tu baca entry ni..

Tadi aku message ngan ada sorang kawan aku ni.. message2 skali ada la citer kat dia yang aku tak berapa nak selera makan.. skali die kata tu petanda 3 kali jumaat .. hahahaha faham-faham la kan.. thats mean tanda-tanda orang nak mati.. sabar jela..

Aku suka jugak gurau-gurau kalau tetiba orang yang selalu banyak cakap then tetiba diam.. aku suka usik diorang  " ko kenapa tetiba diam ni.. aku mintak maaf ea kalau ada salah silap.. kot-kot tak jumpa kau lagi esok.." .. buatnya tetiba orang tu tak da betul esoknya tak ke menyesal aku..

Menurut apa yang aku tahu mengingati mati tu adalah sunat.. yelah kita tak tahu bila ajal kita.. so kita kena la sentiasa beringat.. sebab mati itu pasti. Lagi satu, bila kita ingat mengenai mati ni sebenarnya dapat menghidupkan hati kita. Tak ada la kita ni lalai mengejar kehidupan duniawi  je. Selain tu,  bila kita ingat mengenai mati ni akan buat kita takut untuk buat dosa.

Tapi kita manusia biasa tak lepas dari buat silap. Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. 
Ok sebelum tidur jangan lupa maafkan orang-orang di sekeliling kita supaya kita tak terbeban esok hari..

SELAMAT MALAM .....


  

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ