Sunday 11 May 2014

Sayang mak sangat-sangat

Assalamualaikum...





Masa tengah makan tengahari tadi tetiba dapat message ni dari adik aku yang sekarang tengah duk kat asrama. Lepas je mak baca message ni aku nampak air mata mak bergenang. Walaupun hanya ucapan Happy mother's day cukup untuk buat hati seorang ibu terharu dan gembira... 

Mak selalu cakap " mak tak harapkan wang ringgit yang penting mak nak anak-anak mak sentiasa dekat dengan mak.Bila anak-anak jauh mak rasa kosong"

Terima kasih mak sebab besarkan kitorang adik beradik.. Kitorang tahu mak mesti pening layan kerenah kitorang yang macam-macam ragam. Tapi mak tak pernah tunjuk rasa jemu mak tetap layan kitorang dengan sabar.

Mak sentiasa ada bila aku perlukan dia. Mak yang selalu teman aku pergi sana sini. Mak akan jadi kaunselor tetap aku bila aku ada masalah. Bila aku sakit mak la yang paling risau.

Walaupun mak tak ada blog dan mak tak berapa nak layan facebook. Sebab leceh dan buang masa katanya.. Tapi hopefully satu hari mak baca entri ni..

Akak sayang mak sangat2..Mak memang mak yang terbaik dan tak kan ada pengganti.Maaf kalau akak buat salah dan tak mampu jadi anak yang sempurna.. Mak sentiasa dalam doa akak..

"Semoga Allah sentiasa memberkati, melindungi dan panjangkan umur mak"

Amin ya robbal alamin....

Mak yang sentiasa nampak muda

we all love you mum.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 12 April 2014

Tips hilangkan rasa bosan

Assalamualaikum........

Warrrrggggghhhhh.... entah kenapa hari ni rasa macam masa lambat berlalu.. Lepas balik kenduri tadi terus duduk rumah. Selalunya aku ok je duduk kat rumah.. sebab boleh rehat-rehat.Tapi harini rasa macam bosan yang tersangat.. message kawan aku pon tak reply.. lagi la bertambah kebosanan aku. Ehm... mungkin masing-masing ada urusan. Nak keluar pun sekarang musim hujan. So sesape yang tengah hadapi situasi yang sama macam aku meh la aku share tips macam mana nak hilangkan kebosanan yang tersangat-sangat ni ye

1) Buat perkara yang korang suka

Korang fikirlah ape benda yang korang minat.. kalau zaman u dulu tiap kali aku bosan sebab mengadap report banyak sangat so untuk hilangkan kebosanan aku suka layan movie kat laptop. kawan aku plak ada yang suka main game. Ada jugak yang suka baca novel dan yang paling best tidur..Ada sorang kawan office aku ni sebab boring sangat die sanggup g marathon movie sorang-sorang.

2) Jangan keseorangan

Yang ni penting.. korang akan rasa bosan bila korang duduk sorang-sorang. So, kalau boleh carilah sesape temankan korang ajaklah sembang-sembang.. kalau yang duduk jauh dengan family amik la masa untuk call mak ayah.. sembanglah lama-lama. tak rugi pun...selalu sembang ngan boyfriend n girlfriend berejam kan.. tak pon g la sembang ngan jiran sebelah menyebelah..pergi tanya khabar.. jangan korang pergi mengumpat pulak...

3) Buat perkara berfaedah

Korang kemaslah bilik ke... memasak ke.. bagi yang badan chubby macam aku ni eloknya bawak-bawak la diri tu pergi joging atau perg gim. kalau malas nak keluar korang pasang youtube then tiru la mana-mana senaman. At least boleh gak hilangkan lemak-lemak. hahahah t kalau orang tanya macam mana boleh kurus? boleh la jawap aku kurus sebab kebosanan

4) Update blog

Kalau korang ada blog korang update la blog tu.. macam yang aku tengah buat sekarang ni. hilang sikit kebosanan aku. laju pulak jari jemari menaip. Suka hati koranglah nak update pasal apa sebab blog korang kan.. 

Ok tu je aku nak share... Hopefully tips ni membantu yang tengah kebosanan. Tak banyak idea pon.. mungkin otak aku memerlukan oksigen yang lebih supaya boleh bagi tips yang lagi bernas. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday 19 February 2014

Ingatlah walau sekejap

Assalamualaikum...

Menyesal plak minum nescafe tadi.. kan dah susah nak tidur.. Alang-alang dah lama aku tak menaip so meh la sesape yang belum tido tu baca entry ni..

Tadi aku message ngan ada sorang kawan aku ni.. message2 skali ada la citer kat dia yang aku tak berapa nak selera makan.. skali die kata tu petanda 3 kali jumaat .. hahahaha faham-faham la kan.. thats mean tanda-tanda orang nak mati.. sabar jela..

Aku suka jugak gurau-gurau kalau tetiba orang yang selalu banyak cakap then tetiba diam.. aku suka usik diorang  " ko kenapa tetiba diam ni.. aku mintak maaf ea kalau ada salah silap.. kot-kot tak jumpa kau lagi esok.." .. buatnya tetiba orang tu tak da betul esoknya tak ke menyesal aku..

Menurut apa yang aku tahu mengingati mati tu adalah sunat.. yelah kita tak tahu bila ajal kita.. so kita kena la sentiasa beringat.. sebab mati itu pasti. Lagi satu, bila kita ingat mengenai mati ni sebenarnya dapat menghidupkan hati kita. Tak ada la kita ni lalai mengejar kehidupan duniawi  je. Selain tu,  bila kita ingat mengenai mati ni akan buat kita takut untuk buat dosa.

Tapi kita manusia biasa tak lepas dari buat silap. Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. 
Ok sebelum tidur jangan lupa maafkan orang-orang di sekeliling kita supaya kita tak terbeban esok hari..

SELAMAT MALAM .....


  

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ