Wednesday 15 July 2015

ramadhan terakhir

Assalamualaikum...

Skrg jam 2.30 pagi..entah kenapa sukar untuk melelapkan mata.. Aku paksa diri ini tidur memandangkan seharian aku dalam bus dan tak tidur.. Namun masih tak dapat lelap.

Datang satu perasaan yang amat sayu yang membisikkan ak bersujud padanya.. Aku bangun gagahkan diri ambil wuduk.. Aku jalankan solat taubat dan hajat...

Ya Allah..dengan spontan airmata mengalir deras..apakah yang ingin kau tunjukkan Ya Allah.. Saat itu terasa terlalu dekat denganmu..dalam aliran air mata aku berdoa semahunya..

Memuhasabah diri di atas setiap keburukan dan kekhilafan diri.. Maafkan aku Ya Allah..ada masa aku lalai..ada masa aku alpa..rindu nk melepaskn ramadhanmu..semoga tahun depan aku dapat bertemu lg dengannya..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday 5 July 2015

perkahwinan jarak jauh

Assalamualaikum...

Setiap kali makan mesti mak tanya " kak makan ni kau teringat suami kau tak?.." Macam biasa kalau mak tanya soalan ni mesti aku senyum je..dlm hati off course la ingat..tgh makan, mandi nak tidur mesti ingat kat die.

Sebelum kahwin..tak pernah bayangkan macam mana la kehidupan bila pjj nanti. Sekarang aku dah faham.. Walaupun usia perkahwinan aku ni masih mentah lagi..

Bila berpjj ni perlu kuat mental dan fizikal. Aku kat serdang suami pulak kat johor. Dapat jumpa time weekend je..tu pun kalau masing2 tak ada hal. Setiap jumaat lepas kerja terus gerak blik jb..penat memang penat.tapi demi yang tersayang penat tu aku abaikan.

Bila balik kerja tengok husband orang lain amik isteri die kat office..huhu..sentap jugak hati ni..bila nak merasa macam tu.

Perasaan yang aku xleh nk cover bila suami hantar aku naik bus.. Time salam n cium tangan die aku tahan je jangan bagi air mata mengalir.. Lepas tu aku bye2 en suami.. Ceh konon senyum la..lepas je bas gerak automatik laju je air mata mengalir tak leh nak kawal.. Aku dah x fikir dah ada orang lain dalam bas time tu..

Tapi kadang-kadang pjj ni ada sweetnya..sebab jarang jumpa so rindu tu lebih la sikit.. Takda la gaduh2.. Bila jumpa banyak habiskan masa together..since aku dan husband pun tak kenal lama..so bila jumpa tu rasa macam tengah couple..yang bestnya sebab dah halal..

Apa yang penting bila pjj ni adalah kepercayaan. Yakin dengan pilihan yang telah Allah tetapkan. Allah tahu siapa yang layak untuk memikul ujiannya. So, aku selalu ingatkan diri aku jangan stress2. InsyaAllah satu hari aku dan suami akan duduk sama macam suami isteri lain.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ