Friday 30 September 2016

Aura positif

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. dah dekat seminggu habis pantang. Kalini rasa hati lebih tenang dan bersedia meneruskan hidup untuk sesuatu yang lebih baik. Aku banyak join group dan berkawan dengan ibu-ibu yang senasib dengan aku. Berkongsi cerita dan bertukar pendapat dengan mereka membuatkan aku rasa tenang Dan redha dengan ujian Allah. Ramai antara mereka Yang nasihatkan supaya jangan stress, banyakkan berdoa Dan meminta dengan Allah. Alhamdulillah diorang dihadiahkan dengan rezeki Yang tak disangka selepas itu.. kesimpulannya seberat mana pun ujian Yang datang. Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday 21 September 2016

Inspirasi

Baru lepas tengok inspirasi hlive kat 104 astro. Tetamu kali ini zarina zainuddin..tengok dia handle dua orang Anak Yang autisme buat aku kagum..aku kagum dengan semangat dia.

Dia kata dia tak Rasa terbeban dengan ujian ni..sebab pada dia Allah dah pilih dia..maknanya Allah tahu dia kuat Dan mampu Nak pikul ujian yang diberi.

Dia pun sentiasa happy macam tak Ada masalah. Pada dia tak perlu Nak stress, murung, jauhkan diri dari orang lain..sebab kalau buat camtu tak enjoy life.

Dan pesanan terakhir dia..Dalam hidup perlu Ada satu perkara iaitu SABAR.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 9 September 2016

pengalaman mengandung baby boy

Assalamualaikum...

Kali ni aku Nak throwback balik pengalaman mengandungkan baby boy aku tu. Ada Yang Kata Nak tahu kita pregnant boy ke girl tengok dari sikap si ibu tu contoh makanan Yang si ibu suka makan. Sajela aku tulis..kot-kot nanti ada rezeki mengandung lagi leh la compare.

1) aku suka sangat makan benda masam-masam. Padehal siapa Yang rapat dengan aku mesti tau Yang aku ni spesies tak suka masam. Tapi bila time mengandung kalau dapat makan pelam masam selamber je aku ratah. Pastu, air wajib tetiap hari adalah sunquick minum sejuk-sejuk. Maklumlah mengandung panasnya lain macam.

2) Aku kurang alahan. Muntah-muntah tu Ada la Tapi tak kerap. Start alahan pun masa dah 2 bulan. Tak boleh bau goreng-goreng, bau sabun, bau nasi Yang tengah tanak.. tu pun kejap je..lepas 3 bulan dah OK.

3) Aku tak suka guna pencuci muka. Padehal sebelum pregnant perkara wajib bangun je mesti cuci muka dengan pencuci muka.

4) Tak suka mekap. Tapi bila pergi jalan-jalan jumpa orang..orang tegur muka berseri..pembawakkan budak la tu..

5) Suka sangat main game. Aku boleh ngadap main game tu tak jemu. Siang malam. Memang Kalau main game tu dah macam orang laki.

6) Baby pulak suka duduk kat bahagian kiri. Dia mengeras ke tendang-tendang ke mesti sebelah kiri.

7) Perut aku time pregnant kecik. Kalau orang tak tahu Memang tak perasan aku mengandung.Tapi aku je Yang rasa Ada perubahan sebab semua seluar tak muat.

8) Kerap rasa Nak pitam. Ada sekali aku tengah shopping beli barang dapur tetiba aku pengsan. Aku tak boleh berdiri lama-lama. Lagi-lagi kat tempat panas.

Tapi orang kata ibu boleh rasa anak dalam perut tu boy ke girl..Tapi aku ni instinct tersasar..aku bajet girl..Tapi boy rupanya. Nanti lepasni boy ke girl tak kisah la janji sihat.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Move on

       



Bila aku scroll balik entry-entry yang aku tulis mostly pasal keinginan aku nak ada baby. Sejak aku kahwin aku rasa hidup aku terlalu fikirkan pasal tu. Aku terlalu fikirkan soal baby ni mungkin sebab faktor orang sekeliling.. faktor suami, faktor mak ayah aku yang nakkan cucu sulung, faktor tengok kengkawan yang sebaya dah beranak pinak.

Aku jadi lupa nak fikirkan tentang diri aku sendiri. Aku lupa yang sepatutnya aku kena enjoy dengan life ni. Aku macam dera emosi aku sendiri. Aku lupa yang ada banyak benda dalam dunia ni yang perlu aku nikmati.

Aku kena move on.. kalau aku terus duk fikir hari-hari boleh jadi gila. Mulai saat ni aku tak nak fikir sangat soal zuriat. Tuhan tahu masa yang tepat untuk dia beri aku amanah ni. Hopefully orang sekeliling ni jangan buat aku stress. Sekarang aku nak jaga diri aku. Jaga kesihatan.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 6 September 2016

Hikmah disebalik keguguran

Harini hari ke 25 berpantang. Emosi masih turun naik. Orang yang tak pernah rasa mesti kata aku ngada-ngada. Tengok orang post pasal baby je aku jadi sedih, nak marah,benci.. padehal dia tak salah pon. Aku tahu aku tak boleh terus macam ni.. aku kena yakin ada hikmah yang Allah nak tunjuk..

1) Aku memang nak sangat anak. Mungkin sebab aku teringin sangat Allah pilih jadikannya sebagai ujian. Allah nak tengok sejauh mana kebergantungan aku padanya.

2) Allah nak tunjuk yang kita sebagai hamba hanya merancang..tetapi dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

3) Allah nak aku sentiasa dekat dengannya. Alhamdulillah sejak gugur bibir sentiasa basah dengan zikrullah.

4) Allah nak tunjuk betapa sayangnya mak ayah aku pada aku. Diorang jaga aku baik-baik masa pantang ni

5) Allah nak tunjuk kasihnya seorang suami buat isterinya. Dia sanggup ulang alik setiap minggu sebab nak jenguk aku

6) Allah nak tunjuk yang semua di dunia ni hanyalah pinjaman.  Sampai masa dan ketika setiap yang kita sayang Allah akan ambil semula.

7) Hikmah yang paling besar adalah Allah nak aku bersyukur sebab aku ada seorang wildan syurga. Saham akhirat.


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ