Friday 26 August 2016

Azam selepas pantang

Assalamualaikum

Ingatkan malas dah nak berbloging tapi sebab aku boring dalam pantang ni tak ada buat apa..duduk saja-saja kepala aku ligat la fikir apa aku nak buat lepas pantang ni.. nak tunggu   azam untuk tahun depan lambat lagi..so buat azam lepas pantang dulu la..

1) Memandangkan aku dah berhenti kerja sebab pregnant haritu..jadi lepas pantang ni aku plan nak cari kerja balik. Kalau ikutkan malas..tapi nanti duduk rumah melanguk sorang-sorang boring pulak

2) Dapat baby cepat2.. hahaha bunyi macam gelojoh je..sebenarnya aku fobia lagi. Takut nak tempuh 9 bulan..takut nak tunggu double line.. takut dengan bleeding. Tapi demi suami n mak ayah aku yang nakkan anak & cucu so, aku kena kuat. agak2 azam ni termakbul tak??

3) Nak kuruskan badan..target weight 55kg. Dalam pantang ni aku jaga makan betul-betul. Pastu, dah plan nanti dah sihat nak g joging dengan encik husband

4) Nak pergi bercuti.. tak tahu lagi nak pergi mana. Tapi aku betul-betul nak cari tempat yang boleh buat aku rasa tenang.

5) Nak ambil exam public mutual.. sebenarnya dari aku mengandung dah plan nak amik exam..tapi sebab pregnant tahap kemalasan tinggi.. baru baca sikit dah tutup buku. Jadi lepas ni kena semangat..

Tu jela... azam-azam lain tunggu hujung tahun. Mintak-mintak la semua azam ni termakbul sebelum hujung tahun. Apa pun aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. InsyaAllah tuhan dah tulis cantik diari hidup aku.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment