Friday 26 July 2013

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.

Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.

Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni  mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.

Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.

Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday 25 July 2013

NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang best hari ni?? Cuti!!!!... 

Ingat!! cuti hari ni bukan suka2 nak bagi korang lepak2 tak buat apa2 kat rumah.. Hari ni 17 Ramadhan dimana kita di kehendaki mengingati peristiwa  turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat sehingga menjadi lengkap.

Masa zaman jahiliah dulu sebelum adanya Al-Quran manusia hidup dalam kesesatan. Dengan adanya Al-Quran manusia mula berubah dari kesesatan kepada meyembah Allah yang satu.




Kalau sebelum korang dapat lesen dulu korang ada pergi kelas memandu kan?? Dia ada bagi buku panduan. Korang kena baca buku tu supaya bila kat jalan raya korang aku ikut undang-undang yang dah ditetapkan. Sekarang ni banyak sangat kemalangan.. sebab apa?? sebab kita baca buku panduan jalan raya tu tapi kita tak fahamkan apa yang di tulis dan kita tak amal.

Sekarang aku nak kaitkan buku panduan memandu tadi dengan Al-Quran. Sebagai hamba Allah di muka bumi ni buku panduan kita adalah Al-Quran.. Insyaallah kalau kita baca, kita faham dan kita amalkan apa yang ada dalam Al-Quran hidup kita akan jadi mudah. Memang ada masanya hidup kita ni berliku tapi kalau kita berpandukan Al-Quran liku2 tu kita dapat lalui dengan tenang.

Tu jela aku nak kongsikan dengan korang... Nak share detail aku bukannya pandai pon. Kang salah pulak.. 

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Kerja dan lagu raya....

Assalamualaikum w.b.t

Eh dah setengah bulan ke kita berpuasa?? kejap je rasa.. sedar-sedar kat radio dah ada lagu raya.. Tapi sebab rumah aku dekat sangat ngan tempat keje tak dan satu lagu raya nak habis dah sampai tempat keje..Tak leh nak feeling langsung.

Hari ni penat sangat rasanya.. sebab hari ni aku aku kene training budak2 baru kat lab. Konon senior la aku ni.. Padahal nyampah betul kalau orang panggil aku senior..Tapi takpe at least tu cara diorang respect aku. hihi..

Selamat la budak-budak baru ni masuk masa nak dekat-dekat puasa. Tak da la aku kebosanan tahap melampau..Ada jugak orang aku nak ajak sembang-sembang. Kalau tak keras cam batu aku duk sorang2 tak bercakap.

Memandangkan esok nak cuti Nuzul Quran + cuti hujung minggu mood pon semua dah melayang. Tapi tetap gigih buat kerja sebab kalau tak nanti bos duk tengok je.. Sekali dalam area pukul 3 bos dah angkut botol air dia.. Kalau dia dah bersama dengan botol air dia maknanya dia dah nak balik.. Dalam hati YES!YES!YES..

Lepas je bos balik.. kitorang pon sakan pasang youtube nak dengar lagu raya.. Tapi kerja masih diteruskan.. sebab tak baik makan gaji buta..Buat kerja sambil layan lagu raya baru la syok. Cina tempat aku ni pon join sekali.. " Oooo .. ini lagu saya tau.. saya selalu dengar dekat Klasik Nasional.." Yang india pulak.. "Zyra kau kasi pasang lagu yang sudilah rasa kuihku..." .. Bagus diorang ni layan jugak lagu2 melayu.

Yang duduk jauh bila dengar lagu2 raya ni semua dah rasa nak balik kampung halaman.Aku sebab hari2 balik kg halaman jadi perasaan menghayati lagu tu tak la sangat.. Tapi aku tetap rindu nak jumpa sanak saudara.. 


Ok la.. selamat berehat.. Isikan masa cuti ni dengan perkara bermanfaat.. 











Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday 20 July 2013

Mualaf

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu semua!!! Syoknya la dapat berehat kat rumah.. hilang segala penat.

Aku nak kongsi satu cerita dengan korang ni.. Malam tadi balik je ayah aku dari masjid ayah aku bagitau yang dia nak keluar.

Ayah: Ayah nak g stesen bus kajang kejap

Aku: Nak buat apa g stesen bus malam2 ni?

Ayah: Ayah nak g hantar ada mualaf tu nak balik penang. Dia kena belasah ngan abang dia lepas abang dia tau dia masuk islam..

Aku: Owh.. (tercengang jap)

Sebelum pergi tu jiran aku sempat bagi duit kat ayah aku suruh bagi dekat mualaf tu untuk buat belanja..

Aku stay up la kononnya nak dengar cerita dari ayah aku pasal mualaf tu bila dia balik nanti. Tunggu punya tunggu lambat plak ayah aku balik. dah ngantuk so aku tidur jela..

So, masa sahur tadi la aku dapatkan berita lanjut mengenai mualaf tu..

Aku: Pukul berapa mualaf tu naik bus?

Ayah: Pukul 12. Kesian dia.. sementara tunggu bus dia sampai ayah g singgah kedai baju sekejap Ayah blikan dia baju. baju murah je pun. Ayah bagi kat dia. Dia terima kasih tak sudah. Semua dokumen2 dia masuk islam tu abang dia rampas pastu bakar. Lepastu , abang dia pukul dia. tu yang jalan berdengkot.


Masa ayah aku pergi hantar mualaf ni ayah aku pergi dengan 2 org lagi kawan dia. Ayah aku cerita la apa yang kawan dia borak dengan mualaf tu.


Kwn Ayah: Kenapa pilih islam?

Mualaf: Sebab bagi saya islam tu sangat suci

Kwn Ayah: Kau tau apa makna Bismillahirrahmanirrahim.

Mualaf: Maknanya.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Kwn Ayah: Kalau Allah kasih kat kau kenapa Allah bagi kau luka2.

Mualaf: Owh..kalau sayang tak boleh kasi luka2 ke bang? (mualaf ni india)

Kwn Ayah: Balik ni kau belajar dan kaji islam tu betul2.. Kenapa dia bagi kau ujian dan dugaan. Nanti lepas kau dapat jawapnnya kau jumpa saya.

Selepas dengar cerita ni aku rasa syukurnya sebab aku memang di lahirkan sebagai islam.. Tapi pada aku orang-orang mualaf ni bila dia masuk islam dia akan lebih faham apa itu islam berbanding dengan kita yang dah bergelar islam sejak azali.

Kebanyakkan kita ni hanya islam pada nama.. dan aku rasa mcm aku tergolong dlm kalangan tu jugak.. Ya Allah malunya...sebab ilmu mengenai islam yang aku ada sangat cetek.

Semoga mualaf tadi tak berpaling kembali kepada agama dia sebelum ni dan semoga kita yang islam ni bantu mualaf2 yang perlukan pertolongan. Jangan hina dan siksa mereka. Sebab mereka tu lebih suci dari kita. Mereka ibarat bayi baru lahir bersih tanpa dosa.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

TERAPI MARAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah tarawih malam ke-12.. Syukur kehadratnya aku masih di beri peluang untuk terus memperbaiki diri.

Sambil minum jus tembikai baki berbuka puasa tadi tetiba aku teringat kejadian petang tadi. Tengah aku sibuk sediakan juadah berbuka aku terdengar jiran aku bising-bising sambil marah-marah. Dalam hati aku berdetik kenapa nak marah-marah di bulan yang mulia ni.

Tapi kalau kita perasan ada sesetengah manusia ni hobi dia kot memang suka marah-marah. Ada je benda yang buat dia tak puas hati. Macam dia seorang la yang paling perfect dan tak pernah buat salah.



Bila seseorang tu marah nafas dia akan jadi tak teratur, jantung pam dengan laju dan darah meningkat secara mendadak. Lepas tu darah akan pergi keseluruh tubuh terutamanya muka sampaikan muka jadi merah macam udang kena bakar. Sebab tu la zaman sekarang ni ramai yang sakit jantung, darah tinggi dan strok.

Marah tu lumrah.. bukan kata tak boleh marah.Cuma kalau tak pandai kawal emosi takut jejaskan mental dan jiwa.

Jadi bagi yang suka marah-marah tu aku nak kongsikan sikit TIPS TERAPI MARAH.


1) Pertama sekali kalau rasa marah tu datang korang kena cepat-cepat baca basmallah dan mengucap dua kalimah syahadah.

2) Tarik nafas dalam-dalam seolah-olah korang sedut kalimah basmallah dan dua kalimah syahadah tu tadi dalam jasad korang.

3) Lepas tu lepaskan nafas dengan berkata di dalam hati "Ya Allah, Ya Rahim, Ya Latif...Aku semakin tenang, sabar dan relaks..Jadikanlah hambamu ini temasuk di dalam golongan orang-orang yang sabar."

4) Kalau boleh pergilah ambil  wuduk. Sebab wuduk ni boleh padamkan api yang ada dalam diri korang.

5) Lagi satu cara adalah cuba time korang tengah marah korang tengok muka korang kat cermin. Tengok hensem dan cantik tak muka korang masa tu..hihi...

6) Last sekali, korang maafkanlah kesalahan orang yang buat salah dengan korang tu.

Okey dah hilang rasa marah???


Jadi nasihat aku buanglah sifat marah dalam diri kita. Aku tak suka marah-marah sebab kalau aku marah lepastu aku akan rasa menyesal sangat2 sampai aku boleh nangis.. Contohnya kalau aku marah adik-adik aku.. malam tu bila diaorang tidur dan aku tengok muka-muka diorang datang satu persaan bersalah dalam diri aku sehinggakan aku jadi sebak..


"Orang yang kuat itu bukanlah orang yang menang bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan diri ketika marah." (Muttafaqualaih)



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 19 July 2013

Andai ini takdirku...

Andai ini yang telah tersurat untukku
siapalah aku untuk mempersolkannya
di kala insan lain tersenyum gembira
ku pujuk hatiku yang sedang berduka

tak jemu ku bersujud padanya
keranaku yakin ia yang satu
aku terpilih menerima ujiannya
itulah tanda kasih darinya

Biarlah tidurku berteman titis2 jernih
asalkan bangunku dengan senyuman
Selagi aku bergelar seorang hamba
akan kutempuh ranjau kehidupan

Nukilan:
Azyrariza Mat Zain








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday 18 July 2013

Lautan kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Pusing kanan Pusing kiri... doa tidur pon dah baca.. tapi mata ni susah pulak nak lelap.. sebelum tidur aku selalu berdoa agar Allah panjangkan umur aku dah ahli keluarga aku, aku maafkan semua orang yang mungkin tak sengaja menyakitkan hati aku dengan harapan mereka pon akan maafkan aku.. mana la tahu aku tak berpeluang jumpa hari esok.. Aku juga mintak supaya hari esok lebih baik dari semalam.

Bercakap mengenai pengharapan supaya hari esok lebih baik dari semalam.. aku rasa semua orang harap benda yang sama. Bila bangun dari tidur kita harap yang hari ni kita akan dapat berita gembira. Tapi sebab hidup kita ni kan macam kapal tengah lautan ada masa tenang ada ketika berombak. Kalau kita tak nak lemas kita kena ada skill yang cukup hebat untuk kendalikan kapal tersebut.




Aku bagi contoh pengalaman aku...

Aku dah kerja nak masuk dua tahun.. Alhamdullilah sebelum grad aku dah dapat kerja. setahun yang pertama aku rasa happy sangat kerja situ. suasana kerja dan kawan semua best. Tapi masuk tahun kedua dugaan demi dugaan datang bila ramai senior2 yang rapat dengan aku berhenti.. Waktu ni aku asyik mempersoalkan takdir.. Kenapa mesti aku yang perlu berdepan semua ni????????????

Alhamdullilah, masa ni akal aku masih boleh berfikir secara rasional. Aku banyakkan baca buku-buku yang penuh dengan kata-kata positif. Aku ikut nasihat Prof Muhaya, kita kena reset minda..buang segala yang negatif.. sebab bila terlalu banyak benda negatif dalam diri benda2 yang positif susah nak masuk.

Selain tu, aku juga ikut nasihat mak.. Mak pesan " Allah uji kamu sebab dia sayang kamu. Allah rindu nak dengar doa kamu yang bersungguh-sungguh" . Sayunya hati aku masa ni

Selepas muhasabah diri aku fikir betul juga.. Allah uji sikit je.. sedangkan sebelum-sebelum ni macam-macam nikmat yang dia beri.. Contoh: nikmat kesihatan, keluarga, cukup makan pakai..

Kesimpulannya... Bila kita berhadapan dengan ujian jangan mudah mengeluh atau mempersoalkan takdir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa di sisi kita. 

Okeylah selamat malam dan selamat bersahur.. 

SALAM RAMADHAN KE 10.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday 12 July 2013

Friends forever.


Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu nak mulakan entri kali ni macam mana.. sebab dah lama sangat tak menulis. Aku peram blog ni cam nak buat pekasam dah.. hahaha kecur ayak liuk puasa-puasa ni... SALAM RAMADHAN..

Aku tetiba bersemangat nak update blog ni selepas sorang kawan aku asyik request je 

" zyra tolong update blog!"  amik kau siap tanda seru lagi.. bermakna amaran keras tu..yang paling sentap adalah dia kata blog aku ni dah bersawang..

Demi tak menghampakan kawan aku yang comel ni dan demi menghargai dia sebab tu aku pilih tajuk entri Friends forever or in malay sahabat selamanya...

Dari zaman main masak-masak, cari-cari cacing sampai la zaman pandai slide ipad pasti kita sentiasa di kelilingi kawan-kawan kan? Klo hidup tak ada kawan tak  happening la.  Pada aku, aku memang sangat-sangat memerlukan kawan- kawan di sisi.. sebab setiap kali sedih, marah, gembira aku mesti nak share dengan mereka..

Mesti ramai yang kata bukan semua sahabat tu akan ada kat sisi kita time kita susah.. ramai yg akan ada di sisi kita bila kita senang je.. betul tu. itulah namanya kehidupan tapi dari situlah kita belajar dan kenal siapa sebenarnya yang betul-betul boleh di gelar sahabat..




Ni la bestfriends aku time sekolah...satu perangai aku klo dapat jumpa diorang rasanya cam x kering gusi... ada je benda yang wat aku gelak sakan. Dari satu bab ke satu bab sume nak citer time tu jugak.. n kitorang ni memang jenis suka memalukan diri sendiri..hahhaha klo jumpa kat kedai makan tu rasa cam kedai tu kitaorg yg punya. mesti orang2 lain stress tengok perangai kitaorg.

                           



Ni plak bestfriends time matrik.. first time aku kne duduk asrama.. mula-mula tu takut jugak nanti tak da kawan.. tak serasi.. dah la jauh ngan mak ayah..Tapi sepanjang aku kat matriks aku tak rasa sunyi pon dengan kehadiran diorang ni.. perangai gila-gila.. tu yang best..





Ni plak bestfriends masa aku kat UPM..mereka ni lah yang sentiasa bagi semangat bila aku dah start give up ngan subject CHEMISTRY.. diorang la yang selalu teman aku stay up sebab nak siapkan report. kitorang ni klo time free tempat mengabiskan masa dan duit adalah kat MINES.. tu je tempat yg paling dekat..




Ni gambar kawan2 tempat keje aku... TOYO INK SDN BHD. kat sini la kitaorg selalu main color-color.. hahaha kecik-kecik dulu tak puas main.. tempat ni satu malaysia.. semua kaum ada.. so banyak bahasa aku boleh belajar..
 

Okey cukuplah untuk entri kali ni.. perkara penting sekali yang aku nak cakap aku nak ucapkan 

" TERIMA KASIH SANGAT2 KEPADA SEMUA KAWAN2 YANG SENTIASA 
SUPPORT DAN SENTIASA BUAT AKU HAPPY" 







Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ