Saturday 17 November 2012

Hulurkan tangan ringankan beban..

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku nak share satu cerita. Walaupun dah lebih kurang sebulan lebih kisah ni berlalu namun ianya tetap tersemat kat minda aku. Kisahnya macam ni... Macam biasa la memandangkan aku ni seorang pekerja yang sangat  menepati masa so, tepat je pukul 12.00 tengahari aku dah bersedia dengan kunci kereta. Time lunch adalah waktu yang aku paling tunggu-tunggu. Aku pun dengan bersemangatnya ajak member aku keluar makan.

Sampai je kat tempat yang aku n member aku selalu makan aku terus beratur nak ambil nasi. Macam biasa la kakak indon tu akan tanya.. " Makan dik? ". Aku pon jawap la. xla saya nak baring2 je kat sini.hahhaha. Xkan la aku sekejam itu kan... Aku just senyum je kat kakak tu dan kata "Kak nasi separuh ea". (macam biasa la konon nak diet). Lepas ambil nasi aku pun usha2 la apa la aku nak makan. Lauk kat kedai tu tiap-tiap hari sama je. Sampai aku dah boleh hafal lauk ape yang ada. Aku just amik ayam goreng n sayur sikit.

Aku mintak nasi separuh tapi pinggan aku still full. Nampak sgt aku kuat makan.. Lepas tu, aku pun ready nak bayar. Skali, mak aih panjangnya barisan cam nak tengok wayang plak. Tapi demi ikut peraturan aku pun beratur jela... Sementara nak tunggu sampai kauter aku tengok-tengok la orang kiri kanan ambil lauk. Depan aku ni ada dua orang budak sekolah. Aku saje la usha pinggan die.. yang sorang tu ambil ayam masak tomyam 2 ketul kecik je dengan kuah sikit. Yang sorang lagi amik siput sedut ada la 3 ketul.Kat tangan diorang duk genggam duit seringgit. 

Dalam hati aku budak ni makan ni jeke?? kenyang ke?? tapi aku fikir mungkin budak ni nak tambah lauk lain lagi kot nanti coz kat depan tu ada lauk lain. Dah hampir depan kaunter tu sepeti yang aku agak... Budak sorang tu pun ceduk la lauk ikan talapia masak sambal. Tapi tetiba budak tu letak balik ikan tu dan die terus pandang kawan die dan die senyum je.  Ya Allah aku time tu cam tersentuh sangat-sangat. Yela aku pon ada adik jugak. Adik aku slalu bawak duit blanja kira kalau makan memang kenyang la..

Tengah aku duk melayah perasan tetibe ada satu suara "Dik adik nak ikan tu ea?? amik2 xpe nanti mak cik bayar"..  budak 2 macam serba salah nak amik... Tapi last2 dia ambil jugak. " tumpang lalu ye" Aku pon yang macam orang baru sedar dari mimpi mengalihkan diri untuk bagi laluan kat makcik tu untuk ke kaunter. 

Mulianya mak cik tu... Time tengah makan, aku tak boleh nak fokus duk teringat kat budak2 tu dan dalam pada tu ada sesuatu yang aku kesalkan. Kenapa bukan aku yang tolong bayarkan untuk diorang... KENAPA??? (3X). Balik office pun aku asyik menyesal tak sudah.Insyaallah, lain kali kalau ada kejadian macam ni lagi aku nak jadi orang pertama yang hulurkan bantuan.

Jadi,  apa yang aku nak kongsikan dalam kita bergembira menikmati arus kehidupan jangan kita lupa bahawa masih ada yang mengharapkan huluran bantuan kita..



Tengah2

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday 30 October 2012

Siapa saya????

Assalamualaikum....

Tajuk entry macam main teka teki plak...jawapannya... kena kenal dulu baru tahu... papepon orang kata (bukan aku kata) tak kenal maka tak cinta... So, nak explain sikit about myself... kalau korang tak nak tau aku nak bagitau jugak...Nama penuh aku AZYRARIZA. Korang nak sebut nama aku dari belakang pon boleh coz sebutannya tetap sama.  Tu yang interesting tentang nama aku (perasan betul).  Aku berumur 24 tahun. Sekarang aku kerja sebagai assistant chemist kat kilang dakwat. So, kiranya hidup aku ni full of chemistry and colourfull. Tu jela sikit pasal diri aku malu la nak citer lebih-lebih coz aku ni biasa-biasa je.


Actually, hari ni aku MC dan entah kenapa after makan ubat rasa berkobar-kobar nak buat blog.. Doktor salah bagi ubat ke??? Blog ni aku tulis just untuk coretkan ape-apa yang aku rasa nak share dengan korang semua. Harap-harap apa yang aku kongsikan boleh beri manfaat dan kebaikan bersama. Andai ada yg menguris perasaan aku mohon maaf kerana segala pendapat yang aku kemukakan dalam blog ni adalah based on pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa... SALAM PERKENALAN 



Senyum nampak gigi.. maknanya aku happy sangat!!!




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ