Saturday 14 November 2015

countdown

Assalamualaikum..


Actually this week plan nak pergi kenduri kahwin kawan suami kat kuantan tapi terpaksa cancel last minit sebab tanah runtuh. Kebetulan encik suami pun tak sihat. So, minggu ni takda la kitaorang jumpa.. Frust hakak tau..hehe

So aku plan balik jb next week jela. Huhu lamanya nak tunggu next week. Nampak tak excited punya pasal sampai countdown.. Camni la adat orang pjj. Duk kira hari bila nak jumpa... Patutnya sekarang duk tengah dinner dengan dia tapi takpa la..selamat malam ni ada cerekarama best. Hilang sikit boring. Siang tadi plak duk layan polis evo. Tiga empat kali ulang tengok citer sama bosan punya pasal. 

Next week mesti busy..melambak keje anak bos bagi kat aku..sampai sakit lutut aku dibuatnya. Sebab berdiri lama sangat. Dengan dokumen iso tak siap lagi..macam sotong aku wat keje. Tapi bagus gak keje banyak tak terasa sangat la masa lambat berlalu..buat2 keje tuptup dah petang. 

Ok lah selamat malam semua.jangan lupa maafkan kesalahan orang lain sebelum tidur. Doakan yang terbaik buat diri sendiri dan yang tersayang.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

hilangkan stress

Assalamualaikum


Hang tok sah la duk serabut pala pikiaq macam-macam. Lantak p la orang nak kata apa.. Bukan depa sediakan makan pakai hang kan. Susah senang hang buka depa kesah pun..hahaha pandai tak aku cakap kedah?? Boleh la sikit2.. Walaupun bahasa jawa aku lagi power. Kang cakap jawa korang tak faham plak.

Harini mood bajet nak jadi kaunselor..almaklumlah dulu ada cita-cita nak jadi kaunselor tapi tak kesampaian. So, harini aku nak share tips-tips hilangkan stress.

 1) Cepat-cepat ambil wuduk. Aku suka amalkan benda ni kalau stress.. Sebab rasa tenang
Je. Lepastu, buatlah solat taubat. Mana tau kan stress ni puncanya kita ada wat salah dengan sesiapa tanpa kita sedar.Mintaklah dengan tuhan supaya hilangkan korang punya stress.

2) elakkan diri duduk kurung diri sorang-sorang dalam bilik. Pastu, fikir 24 jam masalah korang tu. Carilah orang yang korang percaya boleh bantu masalah korang. Kalau tak bantu pun at least dia boleh jadi pendengar. Sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan. Takut kalau duduk sorang-sorang ada benda lain teman kang..huhu..maksud aku syaitan..dia suka orang yang ada masalah ni

3) carilah masa dan pergilah bercuti ke tempat-tempat yang boleh tenangkan fikiran korang. hiruplah udara segar. Nikmati keindahan alam. 

4) Elakkan minum caffein. Aku perasan kekadang tu kita takda masalah apa-apa tapi hati ni resah gelisah. Buat tu tak kena..buat ni tak kena..malam tak leh tidur. Rupanya siang tu ada minum nescafe or coffee. Aku jenis memang suka minum nescafe. Tapi sekarang memang kalau boleh aku elakkan.. 

5) Banyakkan baca benda-benda yang positif.. Contohnya kata-kata semangat. Sebab bila kita baca benda yang positif otak kita ni pun akan terarah kepada yang positif. selain tu dengar la nasihat-nasihat dari pakar motivasi. On je youtube berlambak ceramah.

6) makan aiskrim..hahahaha.. Ni aku punya cara.. Kalau stress suka makan aiskrim.. Aiskrim vanila yang atas die ada kacang..perghhhh syok kalau dapat ni. Lupa masalah. 

Ok..cukuplah..takyah banyak-banyak. Next time aku bagi tips lain plak ye. Tak mau stress. Nanti tak comel.. Just enjoy with your life. 

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday 11 November 2015

Allah genggam doaku


Lumrah manusia akan timbul persoalan kenapa dan mengapa doa belum termakbul. Sedangkan solat tak tinggal. tahajud dengan linangan air mata setiap malam. Ibadah2 sunat dikerjakan..sedekah..jaga tutur kata.. Tapi seakan sia-sia..

Jika kita faham konsep islam..kita akan redha dan istiqamah dalam ibadah walaupun doa yang di pohon belum termakbul. Allah ingin melihat sejauh mana hambanya benar-benar ikhlas. Adakah kita beribadah kerana mahukan balasan ataupun ianya datang dari naluri hati untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Buat semua yang doa masih belum termakbul bersabarlah. Ganjaran bagi orang yang sabar besar pahalanya. Ingatlah bahawa hidup di dunia ni hanya sementara.. Tuhan itu maha adil dan setiap ujian yang diberikan menjadikan kita lebih matang. Jangan sesekali mempersoalkan aturan yang telah dirancang olehnya kerana ia adalah pencipta. 

Jika ada manusia2 yang pertikaikan soal kenapa rezeki kamu lambat tak seperti orang lain.   Pesanlah pada hati bahawa rezeki itu bukan datang dariku kerana aku hanya seorang hamba bukannya pencipta.

Teruskan berdoa
" jika rezeki itu di langit turunkanlah..jika di bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika jauh dekatkanlah.. Jika haram sucikanlah...limpahkanlah kepadaku rezeki sepertimana engkau berikan pada hamba-hambamu yang soleh"

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ