Tuesday 27 January 2015

Istikharah cinta

Assalamualaikum...

Dah masuk tahun 2015.. Sekejap je masa berlalu..usia pun semakin bertambah..imbas2 balik azam2 tahun lepas teringat aku ada simpan azam nak kahwin..hahaha..lawak pulak  time tu calon pon tak ada tapi berazamnya lebih..

Tapi Allah maha kaya... Dia selalu mendengar doaku.. Dihadirkan seorang lelaki yg ikhlas nak kawan dengan aku..dalam tempoh singkat kami berkawan dan kenal hati budi masing2.. Sepanjang tempoh tu aku kerap buat solat istikharah.. Alhamdulillah sekali lagi dengan kuasanya dibukakn pintu hati si dia untuk merisik aka tunang secara tak rasmi..

Sepanjang tempoh bertunang ni macam2 ujian dan dugaan.. Terutama yang bermain dengan hati..selalu tertanya-tanya "betul ke aku nak kahwin dengan dia?"... "Boleh ke aku hidup dengan dia?"...

Itulah pentingnya beristikharah..setiap kali rasa ragu-ragu dan was- was datang aku mintak petunjuk darinya.. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik..

Tak lama lagi insyaAllah kami bersatu.. Semoga Allah pelihara hubungan kami dan permudahkan segalanya..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ