Thursday 18 August 2016

Part 3: syurga buatmu sayang

Sambungan...

Selepas selesai urusan baby Aku dipindahkan ke wad. Malam tu semalaman Aku tak tidur. Masih terasa tendangan baby. Walaupun hakikatnya dia dah tak Ada dalam rahim Aku.
Semalaman jugak la Aku nangis.

Esok paginya husband Aku sampai. Dia Dan ayah Aku uruskan jenazah.. anak syurga ni kami namakan Muhammad Amir firdaus..maknanya pemimpin syurga. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan upm.

Ke esokkanya Aku kena buat proses cuci..sebabnya doktor Kata Ada sikit uri tertinggal kat dalam. Kena puasa dari pukul 9 pagi sampai 4 petang.

Pukul 4 Aku ditolak ke OT room.. mulanya doktor decide nak bius bagi Aku tidur..Tapi memandangkan rahim Aku dah membesar so bius half body. Memang Aku tengok jela diorang dok rodok bawah Aku ni..

Macam-macam pengalaman. Aku berdoa semoga Aku kuat nak tempuh berpantang tanpa baby di sisi. Selamat Ada mak,ayah Dan suami di sisi. diorang la Yang bagi semangat tiap Kali air Mata ni gugur. Terima kasih jugak buat kawan2 Yang tak putus bagi Kata semangat.

Sedih Memang Sedih.. Tapi Aku bersyukur. Aku ni banyak dosa..solat pon kadang-kadang lewat.. Tapi Allah tetap sayang Aku.Dia hadiahkan Aku anugerah Yang terindah Yang akan tunggu Aku di pintu syurga.

Sayang..kamu akan sentiasa Ada Dan hidup hati ibu dan daddy. sejak dalam perut kamu Memang sayang sangat kat Ibu. Sebab Ibu tak Alah macam orang lain. Tapi daddy Yang Ada Alah, kencing kotor semua daddy Yang rasa. nantikan Ibu Dan daddy Ya sayang.

Syukur jugak dapat merasa pengalaman bersalin, berpantang Dan Pam susu. So Kalau Ada next baby Aku dah lebih matang.





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment