Friday 16 October 2015

Solat Dhuha

Assalamualaikum...

Dulu-dulu aku selalu tengok nenek aku solat pagi-pagi dalam pukul 10.. Masa tu aku kecik lagi.. Aku pun fikir nape nenek aku solat subuh lambat.. Rupanya bila dah berakal sikit barulah aku tahu yang nenek aku solat tu solat sunat dhuha rupanya.

Solat sunat dhuha ni waktunya dalam pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tghari. Paling afdal adalah bila matahari sedang meninggi iaitu dalam pukul 9.30-10.00 pagi.

Bagi orang yang istiqamah buat solat dhuha ni InsyaAllah akan terbentang luas rezeki buatnya. Ramai yang akan kata..macam mana nak buat solat ni kan waktu bekerja.. Solat ni senang je.. Dua rakaat je pun.. Kalau tak boleh buat time kerja.. Buatlah time cuti..

Alhamdulillah..walaupun doa2 yang aku mintak waktu aku solat sunat ni belum termakbul.. Tapi Allah hadirkan satu ketenangan buat aku... Aku belajar terima takdir yang Allah dah tulis buat diri ini. Aku boleh senyum dengan setiap ujian yang di beri. Terasa Allah sentiasa dekat dengan diri ini. Mudah-mudahan aku akan istiqamah.








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment