Tuesday 13 October 2015

salam maal hijrah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk tahun baru islam hari ini.. Sempena awal muharam ni aku nak mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga. Rasanya banyak kenangan indah yang aku perolehi pada tahun sebelumnya..

1) kenaikan pangkat. Alhamdulillah sebelum ni aku assistant chemist. Sekarang dah jadi chemist

2) naik pangkat jadi seorang isteri.. Yang sebelum ni hanyalah dalam angan-angan je.. Alhamdulillah dah jadi kenyataan

3) Dikurniakan seorang suami yang sangat baik. Sangat memahami dan sabar dengan kerenah isterinya.

4) Dapat keluarga baru. Alhamdulillah sebelum ni keluarga aku kecil je 5 orang je.. Bila dah kahwin keluarga makin ramai..ada mak n ayah mertua..kakak n abang ipar..anak2 buah.

5) Alhamdulillah aku sentiasa sihat..setakat batuk sikit2 tu ada la.. Dah lama tak mc.. So aku consider aku sihat..

Semoga aku terus menjaga dan mensyukuri nikmat darinya.. Semoga tahun baru ini ada rezeki kehadiran orang baru yang bakal mengeratkan lagi hubungan rumahtangga kami. Hehe.. Harap tahun depan naik pangkat jadi ibu pulak..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment