Tuesday 22 September 2015

interview gagal

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku pernah post interview 2 dekat industrial polymer sdn bhd.. Hurrmmm orang tu janji nak call selepas seminggu. Sekarang dah masuk minggu kedua tak call2 pun..

Nampaknya usaha aku gagal lagi. Aku tak tahu dah nak apply kerja lain tak lepas ni.. Sebab cuti aku pun dah tak banyak. Sebenarnya dah tawar hati pun ya. Penat encik husband nasihat janganlah cepat putus asa. Tapi entahlah.. Kenapa aku ni lemah sangat.

Bila semua yang aku rancang tak menemui kejayaan.. Aku selalu menung sorang-sorang. Apalah salah dan dosa aku. Kenapa sejak kebelakangan ni ujian datang bertimpa timpa..
Mungkin terlalu banyak sangat fikir sampaikan hormon aku jadi tak betul. Cik p dah tintong. Sebab banyak sangat sabar airmata pun memang dah tak mampu nak mengalir. Dah kebal kot.

Ya Allah janganlah kau uji hambamu dengan dugaan yang tak terdaya aku tanggung..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment