Tuesday 15 September 2015

berangan





Assalamualaikum

Masuk bulan ni genap 5 bulan kahwin.. Dalam tempoh ni jugak la boleh dikatakan aku setia mengadap jobstreet tiap kali sebelum tidur. Sebab senang je pun.. Sambil baring2 klik je job mana yang aku minat. Tapi bila dah lama-lama tak da sangat company yang call suruh interview.. Tak pun dapat panggilan interview tapi tak dapat kerja..fedup la jugak. Mana taknya.. Aku kerap kena amik cuti sebab nak ulang alik interview dari selangor ke jb. Bos aku mesti dah dapat hidu aktiviti aku ni..hehehe..

Bila dah lama sangat apply keja sana sini tak dapat2 mulalah aku fikir nak berhenti kerja la. Tapi aku yakin 100% aku bukan jenis bleh duduk rumah. Yela aku bukan ada baby nak jaga pun. Bangun pagi.. Siapakn sarapan..kemas rumah.. Pastu tengok tv..tu je.. Huhu sehari dua boleh la.. Kalau sebulan..mau nya aku masuk hospital belakang rumah aku ( hospital tampoi)

Baru-baru ni aku bagitahu kat husband..susah sangat saya jual nasi lemak depan rumah jela. Mengekek suami aku gelakkan.."awak reti ke buat nasi lemak".. Huhu sindirin nampaknya..hahaha.. Aku jawap balik apa susah menu banyak tiru jela..ingat yang berjaya meniaga tu terus pandai dari mula ke? Setiap orang mesti belajar dari kekurangan dan kesilapan sebelum berada di puncak.

Jiran aku tu meniaga nasi lemak je pun.. Tapi boleh pakai kereta mewah.. Beli rumah berbuah2. Huhu really inspired me.. Aku ada degree tapi sampai sekarang kereta pun tak ada.. Asyik sibuk bayar hutang ptptn.

InsyaAllah.. Niat aku cari kerja lain bukan nak gaji tinggi. Cukup sekadar aku dekat di sisi suami. Mampu uruskan makan dan minum dia. Walaupun gaji lepas ni tak sebanyak 
gaji sekarang. Tapi rezeki itu pasti ada. Semoga Allah murahkan rezeki aku dengan niat suci lagi murni ni..


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment