Thursday, 16 March 2017

Minum air gula

Assalamualaikum..

Mengandung Kalini macam pregnant yang lepas jugak Kena minum air gula...



Kenapa aku Kena minum air gula ni?? Sebabnya BMI aku terlebih limit..  So pasrah jela..  Sebelum minum air gula Kena puasa dari Pukul 10 Malam.. Pastu Sampai klinik Kena ambil darah.. Aku Selalu Ada masalah Tiap Kali nak cucuk ambil darah ni.. Urat aku halus.. So Habis Kiri kanan lengan aku nurse cucuk.. 

Lepas ambil darah Kena puasa Lagi 2 jam.. Aku risau sangat Takut muntah..  Sebab mengandung Kalini Alahan teruk..makan je muntah.. Berat aku Dah turun 5kg.. Tapi Alhamdulillah Berjaya jugak tak muntah dalam tempo 2 jam ni.. Lepas 2 jam ambil darah semula.. Waaa.. Cucuk Lagi.. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Rezeki tahun baru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..sempena Hari jumaat yang mulia ni aku nak share Berita gembira yang sekarang Kandungan Dah 12 minggu.. Dapat tahu Berita ni time awal tahun haritu.. Ceritanya cik p lewat Sehari.. Memandangkan aku ni bangsa tak menyabar so bangun subuh tu Bawa la sekali pregnancy test Pergi toilet..  Aku saja2 jela tak mengharap pun Sebab sebelum ni frust je..  Sekali siap ambil wuduk terus aku tengok Balik upt tu.. Menggigil tangan time tu.. Jantung Jangan Kata la Terlebih pam..DOUBLE LINE..

Syukur sangat-sangat.. Lepas 4 bulan gugur Allah bagi sekali Lagi nikmat mengandung.. Ingat Lagi awal bulan 1 haritu Pergi melawat kubur Amir.. Dalam hati berbisik..Amir doakan Ibu mengandung ya nak..  Ibu rindu anak Ibu..

Pregnant Kalini aku lebih berjaga-jaga.. Risau kot2 Ada bleeding..  Alhamdulillah Cuma spotting Waktu Kandungan 6 minggu. Doktor Kata proses baby menempel..

Doakan Semoga Kandungan Kalini Cukup bulan Dan baby sihat..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday, 22 December 2016

Semoga Ada kebahagiaan untuk 2017

Assalamualaikum...

Lagi beberapa Hari tahun 2017 nak Tiba.. Terlalu banyak kenangan tahun 2016.. Tahun yang paling hiba Dan Sedih buat aku.. 

Throwback:  

Jan - resign dari Toyo ink. Pindah jb. Kerja 
         Company baru dekat Tomypak. 
Mac - Pregnant
April - 1st anniversary
May - resign from tomypak
Aug - keguguran.. Kandungan 22 minggu
Sept - berpantang.. Perkara paling azab.       
           Separuh meroyan..
Okt - cuti -cuti terengganu.. Hilangkan 
          Sedih. Pindah rumah
Dec - Ended with very sad ending.. 


Azam untuk 2017? Tahun ni aku taknak Letak apa-apa azam pun.. Sebab aku still fobia.. Bila apa yg aku rancang tak tertunai..aku doa je Semoga Allah tentukan yang paling Baik untuk aku. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tuesday, 11 October 2016

pindah rumah

Assalamualaikum..

Lepas keguguran haritu encik husband decide nak pindah rumah.. katanya kesian kat aku..sebab rumah tu banyak sangat kenangan aku bersama arwah.. Dapat je tukar kerja kat jb aku terus duduk kat rumah tu, pastu pregnant,  berhenti kerja..banyak la lagi kenangan...

Alhamdulillah..lepas je habis pantang terus dapat rumah sewa baru kat skudai..walaupun jauh sikit dari office encik husband..tapi takpe la katanya..pengorbanan..huhu sayu hati puan isteri..

Balik je dari bercuti terus kemas-kemas dan angkut barang ke rumah baru..bercuti??? Hehe encik husband bawak isteri dia yang baru habis pantang pergi Pulau Pangkor, kuala Terengganu dan teluk cempedak. Puas dah jalan-jalan tengok laut, masjid terapung, masjid kristal.

Semoga kat rumah baru nanti aku akan lebih tenang.. mulakan hidup baru.. semoga ada rezeki yang lebih baik.


Banyak jugak barang- barang aku ni


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 30 September 2016

Aura positif

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. dah dekat seminggu habis pantang. Kalini rasa hati lebih tenang dan bersedia meneruskan hidup untuk sesuatu yang lebih baik. Aku banyak join group dan berkawan dengan ibu-ibu yang senasib dengan aku. Berkongsi cerita dan bertukar pendapat dengan mereka membuatkan aku rasa tenang Dan redha dengan ujian Allah. Ramai antara mereka Yang nasihatkan supaya jangan stress, banyakkan berdoa Dan meminta dengan Allah. Alhamdulillah diorang dihadiahkan dengan rezeki Yang tak disangka selepas itu.. kesimpulannya seberat mana pun ujian Yang datang. Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 21 September 2016

Inspirasi

Baru lepas tengok inspirasi hlive kat 104 astro. Tetamu kali ini zarina zainuddin..tengok dia handle dua orang Anak Yang autisme buat aku kagum..aku kagum dengan semangat dia.

Dia kata dia tak Rasa terbeban dengan ujian ni..sebab pada dia Allah dah pilih dia..maknanya Allah tahu dia kuat Dan mampu Nak pikul ujian yang diberi.

Dia pun sentiasa happy macam tak Ada masalah. Pada dia tak perlu Nak stress, murung, jauhkan diri dari orang lain..sebab kalau buat camtu tak enjoy life.

Dan pesanan terakhir dia..Dalam hidup perlu Ada satu perkara iaitu SABAR.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 9 September 2016

pengalaman mengandung baby boy

Assalamualaikum...

Kali ni aku Nak throwback balik pengalaman mengandungkan baby boy aku tu. Ada Yang Kata Nak tahu kita pregnant boy ke girl tengok dari sikap si ibu tu contoh makanan Yang si ibu suka makan. Sajela aku tulis..kot-kot nanti ada rezeki mengandung lagi leh la compare.

1) aku suka sangat makan benda masam-masam. Padehal siapa Yang rapat dengan aku mesti tau Yang aku ni spesies tak suka masam. Tapi bila time mengandung kalau dapat makan pelam masam selamber je aku ratah. Pastu, air wajib tetiap hari adalah sunquick minum sejuk-sejuk. Maklumlah mengandung panasnya lain macam.

2) Aku kurang alahan. Muntah-muntah tu Ada la Tapi tak kerap. Start alahan pun masa dah 2 bulan. Tak boleh bau goreng-goreng, bau sabun, bau nasi Yang tengah tanak.. tu pun kejap je..lepas 3 bulan dah OK.

3) Aku tak suka guna pencuci muka. Padehal sebelum pregnant perkara wajib bangun je mesti cuci muka dengan pencuci muka.

4) Tak suka mekap. Tapi bila pergi jalan-jalan jumpa orang..orang tegur muka berseri..pembawakkan budak la tu..

5) Suka sangat main game. Aku boleh ngadap main game tu tak jemu. Siang malam. Memang Kalau main game tu dah macam orang laki.

6) Baby pulak suka duduk kat bahagian kiri. Dia mengeras ke tendang-tendang ke mesti sebelah kiri.

7) Perut aku time pregnant kecik. Kalau orang tak tahu Memang tak perasan aku mengandung.Tapi aku je Yang rasa Ada perubahan sebab semua seluar tak muat.

8) Kerap rasa Nak pitam. Ada sekali aku tengah shopping beli barang dapur tetiba aku pengsan. Aku tak boleh berdiri lama-lama. Lagi-lagi kat tempat panas.

Tapi orang kata ibu boleh rasa anak dalam perut tu boy ke girl..Tapi aku ni instinct tersasar..aku bajet girl..Tapi boy rupanya. Nanti lepasni boy ke girl tak kisah la janji sihat.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ