Tuesday 5 September 2017

Hari lahir yang Ke 29

Alhamdulillah...

Baru-baru ni genap usia aku yang Ke 29.. Sepatutnya Bulan ni Aku bersalin baby yang kedua.. Selepas aku keguguran tahun lepas. Tapi masih belum rezeki Aku..baby sekali lagi gugur Waktu usia empat bulan.  Kalau tak mesti ni hadiah birthday paling best.
.
Tahun lepas Waktu birthday Aku Tengah dalam pantang.  Tahun ni Aku tak rasa pun nak celebrate birthday Aku. So,  Takda bercuti kemana-mana macam tahun sebelum ni.. Just stay at home..
.
Dah Lama aku menyepi..tak update blog..  Mengandung kali kedua pun Aku tak sempat nak update perkembangan baby. Tapi dah tertulis aku belum layak bergelar Ibu di dunia..
.
Mengandung lagi???
Urmm..  Seriously bila fikir Umur aku,  Umur husband rasa macam lepas pantang tu nak pregnant Balik.. Tapi Aku perlukan masa tenangkan diri..  Aku dah Kira tahap meroyan jugak la Haritu.. Nangis je..  Dengan tak kerja..duduk rumah.. Stress Tau.. .
.
Sesungguhnya Aku yakin Allah Ada perancangan yang lebih baik Untuk aku..  2 anak syurga yang suci..hadiah yang bermakna Untuk aku.. Bukan di dunia tapi di akhirat..
.
Doa sempena hari lahir ni.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik..  Ketenangan hati..  Kuat dalam menempuh setiap ujian..  Sabar dalam setiap perbuatan.. Semoga Ada rezeki yang lebih baik menanti diri ini.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment