Thursday, 18 August 2016

transvaginal scan

Assalamualaikum..

Sambung balik pasal bleeding.. tetiba ad satu hari tu bleeding fresh blood keluar agak banyak..terus inform husband.. balik kerja pergi klinik..time nak scan tak clear sebab aku baru lepas buang air. So, terpaksa la aku minum air dan tunggu sampai pundi kencing penuh baru scan semula.

Waktu scan,  doktor kata saiz kantung awak mengecil. Dia bagi surat suruh aku refer hospital. Time tu aku dah fikir baby aku dah tak ada ni. Dah bagitahu emak sorry mungkin gugur.

Aku tak terus pergi hospital sebab balik dari klinik dah tak ada bleeding. Lagipon,  jumaat jb hospital cuti..ahad pun cuti sebab kebetulan 1 mei.

Makanya,  aku pergi hari isnin ke Hospital sultanah aminah Jb. aku dah redha..cuma mampu doa kalau zuriat ni milik aku titipkanlah roh padanya..kalau tak aku redha apa pun keputusan doktor.

Dari pukul 1 tunggu.. pukul 4.30 baru panggil register..ramai sgt orang.doktor plak tak cukup. Memang menguji kesabaran aku. Dah la tengah risau fikir pasal baby. Aku punyalah tahan nak buang air sebab nak scan.

Sekali bila nurse panggil..dia suruh aku pergi buang air dulu sebab nak scan ikut bawah..cuak aku.. alhamdulillah tak sakit pun guna tvs tu.. dan syukur baby aku masih ada. Siap ada heartbeat lagi.. saiz baby pon ngam tujuh minggu..

Doktor bagi mc seminggu. Suruh bedrest since aku still bleeding. Dia bagi sekali duphaston dan folic acid untuk sebulan..anak aku ni memang nak ibu dia rehat puas2. Yela , aku tak pernah cuti lama.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

bleeding ketika kandungan 6 minggu

Assalamualaikum..

Bleeding minggu keenam ni yang aku perasan sebab aku keluar pergi shopping kat angsana. Mungkin sebab banyak berjalan dan kebetulan ada kena turun tangga. Balik malam tu ada darah fresh blood tapi sikit jela. Ya Allah tuhan je yang tahu time tu perasaan aku macam mana.  Risau2 jugak tapi tetap positifkan diri.

Pagi tu bangun just ada brown spot setitik so, lega.. aku decide pergi jela kerja.. time kat office aku monitor still ada fresh blood sikit and brown spot.. hati dah tak sedap..bagitahu encik husband petang nak pergi klinik..

Sepanjang duk tunggu dari lunch sampai la nak balik mulut aku ni duk kumat kamit baca ayat kursi dan segala bagai zikir yang aku tahu. Alhamdulillah tenang sikit hati.

Kat klinik doctor scan kantung still cantik dan bulat lagi.. cuma baby lom nampak.. pastu doctor check saiz kata 5minggu..doc kata xda perkembangan..huhu nk nangis rasa.. tapi doc try measure balik.. tengok2 saiz kantung ngam2 6 minggu.. so bermkna sama la dengan
Yang sepatutnya..syukur alhamdulillah..

Doktor ada bagitahu yang kalau keluar fresh blood kandungan akan 50:50.. aku dah tau benda ni sebab tu aku risau. So, doktor bagi mc 3 hari..

Sayang ibu..please jangan buat ibu risau..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Bleeding ketika kandungan 5 minggu

Assalamualaikum..

Flashback.. sewaktu kandungan 5 minggu tetiba ada bleeding..  waktu kejadian ni aku ada kat office..nervous aku time nampak ada darah..tapi sikit je. Terus aku bagitahu member office aku. Dia pun pregnant jugak. Dia nasihat suruh aku ambil halfday dan pergi jumpa doktor.

Terus call encik husband bagitahu pasal bleeding tu.. risau dia.. dia mintak aku doa banyak-banyak. Pergi klinik dalam pukul 1. mostly, semua klinik tutup sebab pergi lunch.. Ya Allah sabar je aku time tu..dah la tengah susah hati. After lunch hour plak..pergi klinik banyak pulak yg tak ada scanner.. sabar jela..

Last-last aku pergi balik kat klinik yang aku mula-mula pergi minggu lepas..mulanya tak nak pergi situ sebab segan plak last week dah pergi sana..

Time jumpa doktor aku explain la apa yang jadi. pastu doctor scan..Alhamdulillah dah nampak kantung

Doktor bagi mc 2 hari.. Dia nasihat aku kena bed rest.. so, esoknya memang seharian la aku baring kat rumah.. keesokkannya bleeding dah tak ada.. mak aku nasihat kerapkan berzikir..yakin dengan Allah.kawan aku pun ada bagi doa suruh aku amalkan. 


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

tanda awal mengandung

Assalamualaikum

Lain orang lain ragamnya..setiap orang tak sama situasi bila first time dapat tahu diri pregnant. So, aku nak share dengan korang kot2 korang pun ada tanda2 yang sama...

1) seminggu sebelum period ada rasa mild senggugut... dalam dua tiga hari..

2) cirit birit...2 hari lepas lewat period aku kena sakit perut..asyik membuang je time tu

3) kulit tiba-tiba jadi burn.. tapi yang ni tak sure..sebab aku ada tukar product skin care..mungkin kesan pakai product tu kot

4) Diet..tapi berat tak turun-turun.

5) kerap mengantuk..pantang ada rehat mesti lelap. Kalau menaip kat office asyik tersalah taip je..yela mata ngantuk tak boleh fokus

6) semua makanan rasa tawar..

7) lewat period.. dan pregnancy test positif

Tu jela tanda-tanda yang aku alami.. yang lain sume encik suami amik..dia mual, sakit kepala , sakit perut..tak selera makan..asyik nak kunyah yang masam-masam je..

encik suami jelous je tengok bini dia.. makan selera.. kejap2 lapar.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Anugerah terindah

Assalamualaikum...

Tak sabar rasanya nak kongsi berita gembira. Lama dah aku tulis entry ni tapi tunggu masa Yang betul-betul sesuai nak post.

Syukur Alhamdulillah..kini aku berbadan dua.. throwback balik masa mula-mula dapat tau pregnant. Masa tu cik p dah lewat 3 hari..dah rasa lain macam.. memandangkan aku memang ada stock pregnancy test so saja-saja la buat test waktu bangun subuh.. masa tu tak mengharap sangat sebab sebelum2 ni kalau buat test mesti negatif..

Tapi kali ni sekejap je terus naik double line.. Ya Allah syukur tak terhingga.. lepas sarapan pagi tunjuk pregnancy test kat encik suami..
Dia tanya "apa ni??..macam mana nak tau positif ke tak??" .. jenuh nak explain.. lepastu terus ajak pergi checkup..hehe

Actually aku still tak percaya..sebab takut stick tu rosak..so bagitahu encik suami aku nak test guna yang digital dulu.. so, keesokkan harinya
baru test guna digital

11/4/2016


Alhamdulillah...barulah yakin.. dalam keadaan yang aku tak bajet akan pregnant..sebabnya bulan tu aku tengah diet..kengkonon nak turunkan berat dulu sebelum plan pregnant..aku tengah buat diet atkin time tu..patutla berat aku tak turun2. Rupanya dah ada dua nyawa..

Yang paling happy ni kira hadiah anniversary 1st kitorang..rupanya time celebrate dekat soul garden tu anak ibu dah ada sekali.. 

Moga anak ibu membesar dengan sihat dalam rahim ibu ye sayang..will take care of you..ibu n papa akan jaga kamu sebaiknya..love u sayang..

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 8 January 2016

Hari terakhir kerja...

Assalamualaikum,

Perasaan bercampur baur harini..sedih, gembira,sebak..harini last day aku kerja dekat toyo ink sdn bhd..tempat kerja pertama aku..
4 tahun setengah aku kerja dekat sini (18/7/2011 - 8/1/2016)..

Banyak pengalaman suka duka kat sini..tempat ni mengajar aku bergaul dengan orang ramai..kalau kat universiti biasa borak dengan rakan sebaya je..tapi kat sini kena bergaul dengan semua peringkat umur.. Macam-macam ragam.

Bos dan kawan-kawan kat sini memang best. Sporting.. Dari segi kerja ada masa memang tertekan terutamanya bila customer complaint. Tapi, alhamdulillah semua tu pengalaman.. Dapat belajar handle dokumen iso..satu advantage rasanya..

Semua kenangan indah kat company ni takkan aku lupakan..jasa baik kawan-kawan yang selalu bagi dorongan, yang selalu buat aku gembira dan bersama bila aku sedih..semoga tuhan je yang membalas jasa korang..kalau ada silap dan salah aku mintak maaf ea..(hehe memang banyak salah pun).

Semoga tempat baru aku jumpa kawan-kawan yang baik jugak..hopefully aku enjoy dengan my new life..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 2 January 2016

The begining of 2016

Assalamualaikum...

Kejap je masa berlalu...dah masuk tahun baru..Syukur tak terhingga sebab tahun 2015 banyak sangat moment-moment yang best dan rezeki yang tak putus.

Semalam keluar dengan geng-geng matrik..ronda satu ioi city mall cari barang kahwin kawan aku.. Balik tu masing-masing dah penat sangat. Tapi sebab ada member sorang ni teringin nak makan sardin..so, penat-penat pun masakkanlah jugak untuk dia.

Diam tak diam dah 10 tahun kitorang berkawan. Tapi masing-masing still perangai sama macam dulu..cuma ada la matang sikit..

Diorang tanya-tanya juga aku bila nak ada baby.. Huhu..no aswer for that..just can say insyaAllah... Sabar ye kawan2..satu hari nanti u all jadi aunty ok..

Actually target nak ad baby by sept 2016.. Kengkonon bajet nak sama burfday ngan aku la kan..hahaha..tapi ni dah january so cam xda harapan je..nanti la buat target baru..tak pon tak yah plan..lets go through with the flow..hehe..because Allah know what is the best for me.

Bila fikir balik...aku rasa nak stabilkan diri dulu dengan kerja baru..suasana kat rumah baru..tempat baru. Kiranya semua baru la untuk tahun 2016 ..

Harapan semoga akan terus dimurahkan rezeki ,tak putus asa berdoa dan dipermudah segala urusan.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ