Saturday 22 August 2015

usaha dan kejayaan

Assalamualaikum...



Sape pernah main game ni? Namanya fruit splash. Game ni simple je. Kita just splash fruit yang sama. Aku suka main game ni. Makin lama makin susah sebab kita nak kena make sure capai target markah yang dia sasarkan.

Ok..sebenarnya aku bukan nak story sangat pasal game ni. Tapi aku nak kaitkan main game dengan kehidupan seharian. Dalam hidup ni kita perlu ada target. Sesetengah orang kata jangan target terlalu tinggi sebab nanti tak tercapai.  Pada aku tak salah kita nak letak target yang tinggi dalam hidup. Yang penting usaha kena selari dengan target.

Macam aku main game ni. Nak capai target markah dia tu sampai berbelas kali gagal. Asyik2 kena retry. Kadang sampai tidur lewat sebab nak jugak capai level yang sepatutnya. Macam tulah jugak dengan kehidupan. Bila kita nak sesuatu kita kena usaha. Tak kiralah berapa kali kita gagal. Yang penting setiap lepas kegagalan kita bangkit dengan semangat dan usaha yang lebih untuk capai kejayaan.

Sekarang aku baru berjinak jinak nak masuk alam bisnes. Aku mula start dengan jual Dna GLobal stevia sejenis produk kesihatan. Tapi cam takda permintaan sangat. Lepas tu aku start jual tudung. Pun sama jugak. Rugi n terus rugi. But its ok. Bisnes memang bermula macam ni.

Sekarang aku tengah plan nak libatkan diri dengan takaful ikhlas. InsyaAllah dengan niat nak memudahkan hidup orang lain dan niat bekerja kerana Allah semoga plan kali ni berjaya.






Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment