Sunday 9 August 2015

interview 1

Assalamualaikum..

7/8/2015 aku ada yang temuduga di lian soon siong sdn bhd.. So aku pun apply la cuti.. Seminggu aku study macam2 pasal racun serangga.. Practice speaking bagai2.. Maklumlah last interview 3 tahun lepas.

Husband tersayang hantar aku g interview. Sampai2 sana isi maklumat peribadi. Lepas tu masuk bilik temuduga. Aku tunggu la cina yang nak temuduga aku tu.

Bila cina tu masuk aku senyum jela kat die. Pastu, soalan pertama.  " boleh cerita sikit u kerja buat apa n macam mana kerja u?". Sengal.. Speechless aku. Punyalah aku standby nak speaking skali cina ni hentam bhs melayu plak.

Aku pun explain kat die..then, die tanya aku handle instrument apa. Pastu, tanya ada guna gc x? Memg xda la kan..kat u pn x pernah guna.. Sekali last die kata mostly kerja u sama macam sini. Tp u tak bleh handle gc..so nanti saya kena tanya supplier boleh tak ajar u..

Interview dlm 15 minit siap..dalam hati memg x dapat la ni.. Kejap bebenor..  Masuk kereta..husband pun pelik..eh kejapnya..

Pastu terus mesej kakak hr yg offer aku kerja ni.. Skali die kata tak dapat la zira..bos kata kau more tu qc punya kerja..ok sentap..patah semangat aku nak duk jb.

Tapi aku yakin semua ni ada hikmah..walaupun sentap tapi aku redha.aku tak nangis pun. InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik. At least aku tak da la hidu racun hari2
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment