Friday 21 August 2015

positifkan diri

Assalamualaikum...

Kebelakangan ni entri aku kebanyakkannya berbaur kesedihan. Nangis...nangis n nangis.. Selalu fikir kenapa orang lain tu bertuah. Sekarang aku nak share dengan pembaca yang mungkin senasib dengan aku ataupun nasib lagi teruk dari aku..

Petang tadi memang aku down sangat.. Sebab group universiti aku suka sangat post pasal pregnant.. Tahniah aku ucapkan.. Mesti diorang happy sangat..sebab tu share semua benda. Tapi aku bila baca tuhan je tahu..automatik nangis..

So lepas nangis bengkak mata..aku muhasabah diri.. Sampai bila aku nak macam ni. Kahwin adalah anugerah yang perlu aku nikmati.memang semua nak zuriat. Tapi mungkin ada sebab kenapa takdir itu belum tertulis

1) belum cukup bersedia nak jadi ibu.. Makan pakai sendiri pun kadang tak terurus..

2) ujian hapuskan dosa2 lampau. Kadang kita rasa dah cukup ibadah yg kita buat. Solat tak tinggal siap dengan solat sunat lagi. Tapi mungkin dalam tak sedar tutur kata kita dengan mak ayah, suami atau kawan agak kasar atau terkecilkn hati diorang.

3) setiap ujian ada hikmah. Mula2 Allah turunkan ribut dan taufan supaya kita sentiasa dekat denganya. Sampai masa yang tepat pelangi tu akan hadir dan waktu tu kita akan rasa indahnya ujian Allah

4) supaya kita lebih memahami pasangan kita. Bila dah faham karakter pasangan.. Senang nanti nak didik anak2. Barulah bahagia rumahtangga.

5) peluang berhoneymoon.. Masa belum ada zuriat ni la peluang nak manja2. Nanti dah ada anak mesti duk manjakan anak je kan

6) semoga kita lebih bersyukur dan nikmati rezeki yang Allah dah bagi. Contoh rezeki mak ayah, ada suami yang baik, kerja bagus, ada bisness.. Kesihatan pun salah satu nikmat Allah jugak

Alhamdulillah...bila dapat type entry kali ni aku rasa tenang. Semoga aku terus positif.

Buat encik suami..hehe walaupun saya tahu awak tak kan baca blog saya ni. Tapi saya nak awak tahu. Awak adalah anugerah terindah yang Allah beri buat saya tahun ni..semoga terus jadi suami yang sentiasa membahagiakan isteri.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment