Thursday 18 July 2013

Lautan kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Pusing kanan Pusing kiri... doa tidur pon dah baca.. tapi mata ni susah pulak nak lelap.. sebelum tidur aku selalu berdoa agar Allah panjangkan umur aku dah ahli keluarga aku, aku maafkan semua orang yang mungkin tak sengaja menyakitkan hati aku dengan harapan mereka pon akan maafkan aku.. mana la tahu aku tak berpeluang jumpa hari esok.. Aku juga mintak supaya hari esok lebih baik dari semalam.

Bercakap mengenai pengharapan supaya hari esok lebih baik dari semalam.. aku rasa semua orang harap benda yang sama. Bila bangun dari tidur kita harap yang hari ni kita akan dapat berita gembira. Tapi sebab hidup kita ni kan macam kapal tengah lautan ada masa tenang ada ketika berombak. Kalau kita tak nak lemas kita kena ada skill yang cukup hebat untuk kendalikan kapal tersebut.




Aku bagi contoh pengalaman aku...

Aku dah kerja nak masuk dua tahun.. Alhamdullilah sebelum grad aku dah dapat kerja. setahun yang pertama aku rasa happy sangat kerja situ. suasana kerja dan kawan semua best. Tapi masuk tahun kedua dugaan demi dugaan datang bila ramai senior2 yang rapat dengan aku berhenti.. Waktu ni aku asyik mempersoalkan takdir.. Kenapa mesti aku yang perlu berdepan semua ni????????????

Alhamdullilah, masa ni akal aku masih boleh berfikir secara rasional. Aku banyakkan baca buku-buku yang penuh dengan kata-kata positif. Aku ikut nasihat Prof Muhaya, kita kena reset minda..buang segala yang negatif.. sebab bila terlalu banyak benda negatif dalam diri benda2 yang positif susah nak masuk.

Selain tu, aku juga ikut nasihat mak.. Mak pesan " Allah uji kamu sebab dia sayang kamu. Allah rindu nak dengar doa kamu yang bersungguh-sungguh" . Sayunya hati aku masa ni

Selepas muhasabah diri aku fikir betul juga.. Allah uji sikit je.. sedangkan sebelum-sebelum ni macam-macam nikmat yang dia beri.. Contoh: nikmat kesihatan, keluarga, cukup makan pakai..

Kesimpulannya... Bila kita berhadapan dengan ujian jangan mudah mengeluh atau mempersoalkan takdir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa di sisi kita. 

Okeylah selamat malam dan selamat bersahur.. 

SALAM RAMADHAN KE 10.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment