Saturday 20 July 2013

Mualaf

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu semua!!! Syoknya la dapat berehat kat rumah.. hilang segala penat.

Aku nak kongsi satu cerita dengan korang ni.. Malam tadi balik je ayah aku dari masjid ayah aku bagitau yang dia nak keluar.

Ayah: Ayah nak g stesen bus kajang kejap

Aku: Nak buat apa g stesen bus malam2 ni?

Ayah: Ayah nak g hantar ada mualaf tu nak balik penang. Dia kena belasah ngan abang dia lepas abang dia tau dia masuk islam..

Aku: Owh.. (tercengang jap)

Sebelum pergi tu jiran aku sempat bagi duit kat ayah aku suruh bagi dekat mualaf tu untuk buat belanja..

Aku stay up la kononnya nak dengar cerita dari ayah aku pasal mualaf tu bila dia balik nanti. Tunggu punya tunggu lambat plak ayah aku balik. dah ngantuk so aku tidur jela..

So, masa sahur tadi la aku dapatkan berita lanjut mengenai mualaf tu..

Aku: Pukul berapa mualaf tu naik bus?

Ayah: Pukul 12. Kesian dia.. sementara tunggu bus dia sampai ayah g singgah kedai baju sekejap Ayah blikan dia baju. baju murah je pun. Ayah bagi kat dia. Dia terima kasih tak sudah. Semua dokumen2 dia masuk islam tu abang dia rampas pastu bakar. Lepastu , abang dia pukul dia. tu yang jalan berdengkot.


Masa ayah aku pergi hantar mualaf ni ayah aku pergi dengan 2 org lagi kawan dia. Ayah aku cerita la apa yang kawan dia borak dengan mualaf tu.


Kwn Ayah: Kenapa pilih islam?

Mualaf: Sebab bagi saya islam tu sangat suci

Kwn Ayah: Kau tau apa makna Bismillahirrahmanirrahim.

Mualaf: Maknanya.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Kwn Ayah: Kalau Allah kasih kat kau kenapa Allah bagi kau luka2.

Mualaf: Owh..kalau sayang tak boleh kasi luka2 ke bang? (mualaf ni india)

Kwn Ayah: Balik ni kau belajar dan kaji islam tu betul2.. Kenapa dia bagi kau ujian dan dugaan. Nanti lepas kau dapat jawapnnya kau jumpa saya.

Selepas dengar cerita ni aku rasa syukurnya sebab aku memang di lahirkan sebagai islam.. Tapi pada aku orang-orang mualaf ni bila dia masuk islam dia akan lebih faham apa itu islam berbanding dengan kita yang dah bergelar islam sejak azali.

Kebanyakkan kita ni hanya islam pada nama.. dan aku rasa mcm aku tergolong dlm kalangan tu jugak.. Ya Allah malunya...sebab ilmu mengenai islam yang aku ada sangat cetek.

Semoga mualaf tadi tak berpaling kembali kepada agama dia sebelum ni dan semoga kita yang islam ni bantu mualaf2 yang perlukan pertolongan. Jangan hina dan siksa mereka. Sebab mereka tu lebih suci dari kita. Mereka ibarat bayi baru lahir bersih tanpa dosa.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment