Friday, 8 January 2016

Hari terakhir kerja...

Assalamualaikum,

Perasaan bercampur baur harini..sedih, gembira,sebak..harini last day aku kerja dekat toyo ink sdn bhd..tempat kerja pertama aku..
4 tahun setengah aku kerja dekat sini (18/7/2011 - 8/1/2016)..

Banyak pengalaman suka duka kat sini..tempat ni mengajar aku bergaul dengan orang ramai..kalau kat universiti biasa borak dengan rakan sebaya je..tapi kat sini kena bergaul dengan semua peringkat umur.. Macam-macam ragam.

Bos dan kawan-kawan kat sini memang best. Sporting.. Dari segi kerja ada masa memang tertekan terutamanya bila customer complaint. Tapi, alhamdulillah semua tu pengalaman.. Dapat belajar handle dokumen iso..satu advantage rasanya..

Semua kenangan indah kat company ni takkan aku lupakan..jasa baik kawan-kawan yang selalu bagi dorongan, yang selalu buat aku gembira dan bersama bila aku sedih..semoga tuhan je yang membalas jasa korang..kalau ada silap dan salah aku mintak maaf ea..(hehe memang banyak salah pun).

Semoga tempat baru aku jumpa kawan-kawan yang baik jugak..hopefully aku enjoy dengan my new life..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 2 January 2016

The begining of 2016

Assalamualaikum...

Kejap je masa berlalu...dah masuk tahun baru..Syukur tak terhingga sebab tahun 2015 banyak sangat moment-moment yang best dan rezeki yang tak putus.

Semalam keluar dengan geng-geng matrik..ronda satu ioi city mall cari barang kahwin kawan aku.. Balik tu masing-masing dah penat sangat. Tapi sebab ada member sorang ni teringin nak makan sardin..so, penat-penat pun masakkanlah jugak untuk dia.

Diam tak diam dah 10 tahun kitorang berkawan. Tapi masing-masing still perangai sama macam dulu..cuma ada la matang sikit..

Diorang tanya-tanya juga aku bila nak ada baby.. Huhu..no aswer for that..just can say insyaAllah... Sabar ye kawan2..satu hari nanti u all jadi aunty ok..

Actually target nak ad baby by sept 2016.. Kengkonon bajet nak sama burfday ngan aku la kan..hahaha..tapi ni dah january so cam xda harapan je..nanti la buat target baru..tak pon tak yah plan..lets go through with the flow..hehe..because Allah know what is the best for me.

Bila fikir balik...aku rasa nak stabilkan diri dulu dengan kerja baru..suasana kat rumah baru..tempat baru. Kiranya semua baru la untuk tahun 2016 ..

Harapan semoga akan terus dimurahkan rezeki ,tak putus asa berdoa dan dipermudah segala urusan.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 19 December 2015

Zikir Tenangkan jiwa

Assalamualaikum..

Sebelum tidur ni..aku nak ajar satu zikir yang baik diamalkan untuk tenangkan jiwa dan
hati kita. Mungkin ada yang dah amalkan zikir ni dan mungkin ada yang belum.

Caranya simple je.. Letakkan tangan di dada kita.. Sambil tu bacalah

"Allahhumma solliala qalbi saidina muhammad"

InsyaAllah dengan mengamalkannya kita akan terhindar dari bisikan syaitan yang sekali gus mengurangkan kegusaran dan keresahan di hati.

Ok selamat malam semua. Maafkan insan-insan di sekiling kita dan doakan yang terbaik buat mereka. Semoga hati kita sentiasa tenang.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Tanjung Piai

Assalamualaikum...

Minggu lepas mula-mula plan nak pergi air terjun kat gunung pulai..bila sampai sana tutup pulak..mungkin sebab musim hujan. So,sebab tak tahu nak pergi mana last2 jalan je.. Sampai ke tanjung piai..


Bayaran masuk RM 5. Mula masuk tu dia dah bagitahu jangan bawa makanan ataupun minuman. Sebab dalam ni ada monyet. Takut kang dia sambar makanan korang. Tanjung Piai ni jugak di kenali sebagai hujung benua.

Kita aku lalu kawasan paya bakau. Suasana dalam tu tenang sangat. Banyak maklumat yang kita boleh baca mengenai hidupan yang terdapat kat kawasan tu. Ada satu tempat tu kita boleh duduk sambil santai hirup bayu laut.

Masa aku pergi ni ramai jugak family dan anak-anak. Ada satu laluan tu kitaorang tak boleh lalu sebab jambatan runtuh. Kalau ikutkan kawasan tu tumpuan pengunjung.. Sebab ada globe yang mana pengunjung boleh bergambar kat sana.

Balik tu singgah makan sebab dah penat berjalan kami makan dekat ' Mee tongkang'. rasanya macam mee sup. Tapi sedap sebab makan panas2.









Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 16 December 2015

takdir itu belum tertulis

Assalamualaikum...

Minggu ni aku dah start busy sebab nak siapkan kerja-kerja yang patut sebelum aku resign. Memandangkan bulan 12 banyak cuti so, dalam beberapa hari jela tinggal untuk aku bereskan semua kerja.

Rasa lega sangat sebab pasni kurang sikit tekanan aku dari mengadap mulut-mulut yang suka tanya aku bila nak ada anak. Aku kadang naik fedup...asal aku jumpa diaorang je asyik tanya benda sama. Aku sebenarnya dah give up.. Sampaikan aku suruh husband aku bagi jela orang hadiah baju baby yang kitaorang dapat tu..



Husband aku pun sekarang asyik-asyik bagitahu yang kawan dia Kahwin dekat-dekat dengan kitaorang dah mengandung..aku faham apa yang dia nak sampaikan.

Bila banyak sangat tekanan dari orang sekeliling.. Seriously buat aku give up. Aku dah tak nak pergi urut..tak nak makan jamu..semua aku dah malas..

Tapi... Walaupun ramai manusia yang suka kepoci..tapi aku syukur ada lagi kawan-kawan yang tak putus suruh aku sabar. Banyakkan berdoa.. Thanks you all.. Buat yang suka menyindir tu takpelah.. Diorang tak rasa apa yang aku rasa. Biarlah Allah yang membalasnya.

Sekarang ni usaha aku hanya tawakal pada Allah.. Sebab anak itu amanah darinya..dia yang tahu bila nak bagi aku jaga amanah dia.. Aku harap Allah berikan aku kekuatan untuk berdepan ujian ni. Aku ni jenis hati sensitif..kena jentik sikit dengan soalan bab anak...jantung terus sesak..air mata pun bertakung.

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 9 December 2015

Resign

Assalamualaikum...

Alhamdulillah harini 9/12/2015 dengan rasa dupdap2 aku dah hantar surat resign kat bos. Entry sebelum ni aku ada bagitahu yang aku pergi interview dekat sebuah company. Aku bajet tak dapat la sebab lepas seminggu dia tak call...dan aku dah give up..tiba-tiba isnin baru ni dia call bagitahu aku dapat kerja tu..

Ya Allah..rasa time tu cam syukur sangat-sangat. Terus call husband bagitahu..excited dia sebab tak lama lagi wife akan duduk sekali.Barulah rasa hidup as husband and wife.

Betullah perancangan Allah tu sangat indah. Aku niat nak dapat kerja lepas dapat bonus Allah makbulkan. Aku memang tekad nak resign bulan 1 Allah makbulkan. Aku nak dapat kerja dekat dengan rumah pun Allah makbulkan. Sesungguhnya Allah memang maha berkuasa..

Kiranya tahun 2015 penutupnya happy ending. Tahun 2016 tahun permulaan aku mulakan hidup baru. Pasni bermulalah hidup aku macam wife2 lain. Kena masak, basuh baju, uruskan rumahtangga. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Dalam gembira aku sedih jugak sebenarnya.. Sebab pasni dah duduk jauh dengan mak ayah. Kakak harap mak ngan ayah jangan sedih2. Doakan yang terbaik. Kakak janji akan balik jenguk mak selalu..huhuhu..aku ni selalu balik keje masak sama2 dengan mak. Pasni sume kena buat sendiri.. For sure aku rindu sangat-sangat masakkan mak.

Nanti kakak bawa balik baby twins ea..kihkih..berangan sangat..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 5 December 2015

Pemergian yang di kenang

Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Pak Yus seorang pelawak terkenal dan semalam kembalinya Tunku Abdul Jalil kerahmatullah. Aku tidak mengenali mereka berdua ni secara dekat. Hanya tahu perkembangan mereka menerusi media sosial.

Apa yang menarik dan membuat aku kagum dengan mereka berdua adalah apabila satu persatu kebaikan yang mereka lakukan semasa mereka hidup diperkatakan.. MasyaAllah hebatnya mereka.

Mereka berdua ni seorang dermawan..berkongsi rezeki kurniaan tuhan dengan manusia2 lain tanpa mengharap balasan.

Pemergian mereka membuka mata aku bahawa perlunya kita memberi dan berkongsi dengan insan2 yang lebih memerlukan. Sentiasa bersikap rendah diri dan jangan sesekali kita berbangga dengan harta dunia.

Al-fatihah buat mereka. Semoga syurga tempatmu. Semoga kebaikan yang kamu lakukan menjadi ikhtibar buat yang masih hidup dan masih berjuang ke jalan illahi.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ