Saturday 5 December 2015

Pemergian yang di kenang

Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Pak Yus seorang pelawak terkenal dan semalam kembalinya Tunku Abdul Jalil kerahmatullah. Aku tidak mengenali mereka berdua ni secara dekat. Hanya tahu perkembangan mereka menerusi media sosial.

Apa yang menarik dan membuat aku kagum dengan mereka berdua adalah apabila satu persatu kebaikan yang mereka lakukan semasa mereka hidup diperkatakan.. MasyaAllah hebatnya mereka.

Mereka berdua ni seorang dermawan..berkongsi rezeki kurniaan tuhan dengan manusia2 lain tanpa mengharap balasan.

Pemergian mereka membuka mata aku bahawa perlunya kita memberi dan berkongsi dengan insan2 yang lebih memerlukan. Sentiasa bersikap rendah diri dan jangan sesekali kita berbangga dengan harta dunia.

Al-fatihah buat mereka. Semoga syurga tempatmu. Semoga kebaikan yang kamu lakukan menjadi ikhtibar buat yang masih hidup dan masih berjuang ke jalan illahi.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment