Tuesday, 4 August 2015

ujian kehidupan

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan sejak akhir-akhir ni aku kerap bersedih..entahlah..kadang rasa macam kuat kadang rasa tak.

Aku kerap nangis sorang sekarang ni. Depan orang aku senyum macam aku tak ada masalah. Tapi bila sorang2 hanya tuhan yang tahu. Aku malas nak kongsi cerita dengan orang sekeliling sebab diorang pun mesti malas nak dengar.

Sebab tu aku suka tulis blog. Aku suka luah apa yang aku rasa melalui penulisan. So at least kurang sikit tekanan yang aku hadapi.

Setiap hidup tak lari dari ujian. Buat masa ni aku perlu kuatkan diri dengan beribadah. Sebab bagi aku tu je cara supaya aku boleh tenang. Lagi satu aku fikir dunia ni sementara je. Lebih baik aku tumpukan perhatian untuk menuju akhirat.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 15 July 2015

ramadhan terakhir

Assalamualaikum...

Skrg jam 2.30 pagi..entah kenapa sukar untuk melelapkan mata.. Aku paksa diri ini tidur memandangkan seharian aku dalam bus dan tak tidur.. Namun masih tak dapat lelap.

Datang satu perasaan yang amat sayu yang membisikkan ak bersujud padanya.. Aku bangun gagahkan diri ambil wuduk.. Aku jalankan solat taubat dan hajat...

Ya Allah..dengan spontan airmata mengalir deras..apakah yang ingin kau tunjukkan Ya Allah.. Saat itu terasa terlalu dekat denganmu..dalam aliran air mata aku berdoa semahunya..

Memuhasabah diri di atas setiap keburukan dan kekhilafan diri.. Maafkan aku Ya Allah..ada masa aku lalai..ada masa aku alpa..rindu nk melepaskn ramadhanmu..semoga tahun depan aku dapat bertemu lg dengannya..



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Sunday, 5 July 2015

perkahwinan jarak jauh

Assalamualaikum...

Setiap kali makan mesti mak tanya " kak makan ni kau teringat suami kau tak?.." Macam biasa kalau mak tanya soalan ni mesti aku senyum je..dlm hati off course la ingat..tgh makan, mandi nak tidur mesti ingat kat die.

Sebelum kahwin..tak pernah bayangkan macam mana la kehidupan bila pjj nanti. Sekarang aku dah faham.. Walaupun usia perkahwinan aku ni masih mentah lagi..

Bila berpjj ni perlu kuat mental dan fizikal. Aku kat serdang suami pulak kat johor. Dapat jumpa time weekend je..tu pun kalau masing2 tak ada hal. Setiap jumaat lepas kerja terus gerak blik jb..penat memang penat.tapi demi yang tersayang penat tu aku abaikan.

Bila balik kerja tengok husband orang lain amik isteri die kat office..huhu..sentap jugak hati ni..bila nak merasa macam tu.

Perasaan yang aku xleh nk cover bila suami hantar aku naik bus.. Time salam n cium tangan die aku tahan je jangan bagi air mata mengalir.. Lepas tu aku bye2 en suami.. Ceh konon senyum la..lepas je bas gerak automatik laju je air mata mengalir tak leh nak kawal.. Aku dah x fikir dah ada orang lain dalam bas time tu..

Tapi kadang-kadang pjj ni ada sweetnya..sebab jarang jumpa so rindu tu lebih la sikit.. Takda la gaduh2.. Bila jumpa banyak habiskan masa together..since aku dan husband pun tak kenal lama..so bila jumpa tu rasa macam tengah couple..yang bestnya sebab dah halal..

Apa yang penting bila pjj ni adalah kepercayaan. Yakin dengan pilihan yang telah Allah tetapkan. Allah tahu siapa yang layak untuk memikul ujiannya. So, aku selalu ingatkan diri aku jangan stress2. InsyaAllah satu hari aku dan suami akan duduk sama macam suami isteri lain.




Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 24 June 2015

kuatkan diriku

Assalamualaikum,

Ya Allah..entah kenapa bangun pagi ni rasa nak nangis..apesal la hati ni halus sangat macam kulit bawang.

Mungkin punca asyik fikir pasal nak zuriat kot.. Asyik bersoal jawap dengan hati..kenapa doa aku belum makbul? Kenapa org lain dah pregnant? Kenapa aku tak macam orang lain? Aku tak subur ke..? Tak sempurna rasanya kahwin tanpa anak. Aku stress bila orang sekeliling comparekan aku dengan kawan2 yg dah pregnant.

Sampaikan semalam kena tegur ngn husband. Dia pesan jangan kerap sangat makan udang..huhu..tu pun aku nak sentap..padehal aku tak kisah pun. Udang pun bukan favourite aku.

Kadang marah jugak kat diri sendiri..ko boleh x sabar sikit!! Jangan nak ngada2 sangat.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 13 June 2015

makbulkan doaku

Assalamualaikum..

Hari berganti hari..bulan berganti bulan..setiap hari tak putus2 aku berdoa semoga di kurniakan rezeki zuriat secepat mungkin..entah kenapa naluri nak jadi ibu membuak2 dalam diri. Mungkin sebab faktor usia yang dah meningkat kot.

Bila kawan-kawan yang kahwin lebih kurang sama dengan aku dh start update status dah berbadan dua...Ya Allah aku tumpang gembira kerana rezeki mereka sampai dulu..tipu la klo tak rasa sedih dan kecil hati bila ada orang keliling tanya " kau dah ada isi ke?".. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu..aku hanya boleh balas jawapan mereka dgn senyuman.

Ada kadang-kadang klo orang tanya2 aku jawap je.." Saya lambat skit..sebab target nak dapat kembar.." ( hehe berangan sgt)

Alhamdulillah walaupun kadang aku stress dengan perangai2 manusia yang over caring ni tp still ramai yang bg support n nasihat supaya aku sabar.Dalam sabar ada masa tumpah jugak air mata aku time sujud.menangis bukan sebab menyalahkan takdir..tapi mengumpul kekuatan..

Aku yakin satu hari rezeki tu akan datang..masa tu nanti mesti aku rasa indahnya ujian Allah yg kecil ini..mungkin sekarang aku kena perbaiki diri sebagai persediaan jd ibu.



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 13 May 2015

zuriat

Assalamualaikum,

Harini dah masuk sebulan setengah aku kahwin. Aku yakin pasangan-pasangan lain yang baru kahwin pun mesti fikir nak ad zuriat..

Bila dah kahwin ni rajin la google tanda- tanda pregnant...mana tau kan kot2 mengandung tak sedar plak kang.

Macam last month badan sakit-sakit, batuk-batuk.. Banyak la jugak simptom orang prengnant ad kat aku..haha time tu dh bajet eh aku bunting pelamin ke..skali kecewa cik 'p' datang..

Bulan ni pun aku ad rasa badan panas2, sakit2 pinggang..tapi aku tak nak harap sebab sedih tau klo tetiba cik 'p' datang. Aku banyak baca pasal bab2 tanda kehamilan ni...ramai je yang mula2 ada tanda cam orang pregnant tapi tak pregnant rupanya nak period... Bila aku baca yang diorang sedih sgt expecially yg dah lama kahwin..aku pun jadi sedih...

Yang paling penting suami kena faham...jangan bagi tekanan pada isteri..kena banyak bagi sokongan..semua yang kahwin nak anak. Tapi rezeki tu di tangan Allah..kita hanya mampu usaha dan berdoa..selebihnya serahkan pada yang esa

Waktu menaip ni aku rasa sebak plak..tiap hari aku doa semoga di murahkan rezeki aku utk jadi seorang ibu..
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

kahwin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 4/4/2015 dengan 2 kali lafaz aku sah bergelar seorang isteri..terasa indah nikmat yang Allah kurniakan. Benarlah orang selalu kata kalau dah memang jodoh jalan ke alam perkahwinan itu dipermudahkan.

Sebelum kahwin aku risau je kalau bakal laki aku salah sebut nama aku...sekali time nikah bukan nama aku yg salah..nama ayah aku yg tersalah..patutnya mat zain jd mohd zain..hehe bila ingat2 balik kelakar plak.

Pada 5/4/2015 majlis resepsi.. Alhamdulillah ramai yang datang..ramai kata kenduri dah macam pasar malam..nak ambil makanan plak macam beratur beli tiket wayang hot movie. Syukur makanan pun tak membazir..petang tu hujan sikit...hujan rahmat

Buat suamiku mohd azri bin ahmad...harapan saya awak akan jaga saya dan bimbing saya ke jannah..saya tak janjikan yang sempurna..tapi saya janji untuk belajar melengkapi hidup awak. Semoga ikatan yang kita bina berkekalan  hingga ke syurga. Semoga kita di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ