Friday 4 December 2015

Azam 2016

Assalamualaikum..

Tahun ni awal sikit aku post entry untuk azam 2016. Sebab dah penuh aku simpan dalam kepala ni.. Macam-macam aku target untuk tahun depan. So better save cepat-cepat sebelum aku lupa.

1) Berhenti kerja.. InsyaAllah rasanya aku dah tekad nak buat resign letter and submit to my bos early next year. Lantak p la tak dapat kerja lain lagi ke apa. Suami dah suruh so better ikut cakap dia. Jangan degil ye...

2) Buat bisnes dari rumah. Aku plan tak nak lah goyang kaki tengok tv je kan. At least aku ada montly income. Bisnes apa?? Setakat ni aku jual stevia dan tolong suami aku buat insurans.

3) Belajar masak.. Orang kata nak pikat hati suami tambat perutnya dulu.. Hehe.. So nak tak nak kena la masak sedap2 kan. Stakat masak campak2 tu aku reti la. Yang special kena la rujuk buku masakan. Silap hari bulan kalau aku dah pandai aku buat buku resepi sendiri 'air tangan zyrazain'

4) Nak ada baby.. Yang part ni kena la usaha dan lebihkan doa. Korang tolong doakan skali ye.. Moga2 berkat doa korang yang kuat beribadah tu Allah makbulkan. Nak kembar tau.. Hehe..sebab lambat dapatkan.. Mana tau Allah nak hadiahkan dua sekali..

5) Nak beli kereta. Baru nak beli??? Sebelum ni aku duk lenjan kereta ayah aku kesana sini.. Sebab tak ada orang nak pakai pon..sorry ye ayah..nanti kita pulangkan balik.. Terima kasih bagi pinjam. Sayang ayah..

6) Settlekan hutang ptptn.. Aku rasa macam dah banyak je aku banyar tiap bulan. Tapi still baki hutang banyak lagi. Hopefully kalau ada rezeki lebih memang nak habiskan bayar. Nanti dah ada anak .. Duit dah ke anak-anak. So better bayar cepat.

7) Perbaiki kelemahan diri.. Aku ni dah la ganas-ganas.. Kadang kalau cakap ikut suka je.. Aku tahu budak-budak lab aku kerap terasa. Maaf ye korang..pasni aku dah berhenti aman dah lab. Korang takkan sakit hati lagi..

8) Jadi anak dan isteri yang solehah. InsyaAllah aku akan sentiasa dengar nasihat mak dan ayah.. Dengar kata suami. Jangan kuat merajuk..hehe..

Dengan lafaz bismillah ku bermohon pada yang esa moga termakbul cita- cita dan impianku ini. Sesungguhnya ia lebih tahu apa yang terbaik buatku...



Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment