Thursday 3 December 2015

interview 4

Assalamualaikum...

Jumaat lepas aku pergi interview kat tomypak berhad. Tempat ni dekat tampoi. Kiranya kalau aku dapat kerja ni dekat sangat ngan rumah.

Masa interview tu ada dua penemuduga. Sorang perempuan melayu dan sorang lagi perempuan cina. Soalan macam biasa tanya pengalaman kerja, kenapa nak berhenti. Kenapa nak kerja situ..

Aku interview patutnya pukul 2. Tapi 2.30 baru penemuduga datang. Time tu mood aku dah down.. So jawap pun dah tak ikut silibus yang dah dalam kepala otak.

Katanya nak call seminggu lepas interview.. Tapi dh seminggu ni tak call pun lagi. Aku dah pasrah dah..

Kalau ikutkan penat tau..pergi sana sini asyik tak dapat je. Kadang geram jugak dengan interviewer ni.. Apa la kriteria yang diorang nak.

Masa aku interview ni.. Orang tu bagitahu siap-siap yang kerja ni stress. Dia tanya boleh ke aku handle dalam keadaan dah kahwin yela kerja ni busy, stress, banyak kena ot. Dia siap tanya biasa sebulan berapa jam ot??.. Kedu nak jawap sebab aku memang dah tak ot sekarang. Kalau dulu pernah dekat 30 jam ot..


Aku dah start nak give up untuk apply kerja. Patutlah kawan aku yang pjj last2 duk rumah je jaga anak. Rupanya sebab kemain payah lagi nak dapat kerja. Sabar..sabar..n sabar jela.. Tu je yang mampu.
Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment