Saturday, 5 October 2013

mimpi bertunang...

Assalamualaikum...





Pagi ni macam pagi-pagi biasa pukul 6.20 pagi aku dah terjaga.. sebab nak solat subuh.. tapi bezanya pagi ni aku bangun jantung aku pam laju giler dan menyebabkan aku sesak nafas... Aku bukan sakit jantung ok.. ni semua sebab mimpi tu.. MIMPI AKU NAK BERTUNANG!!!
Sebelum solat subuh tu aku ambil masa ntok rest kejap supaya aku balik ke alam nyata..

Lepas selesai solat subuh tu.. aku pon terus la menggoogle ntok tafsirkan apa makna mimpi aku tu.. dan hasilnya..

Maksud mimpi bertunang: 
Anda akan kahwin dalam masa terdekat atau tahun ini juga..

What............?? kelakar plak bila baca makna mimpi ni.. 
Meh aku story sikit mimpi aku malam tadi.. dalam mimpi tu entah macam mana dengan selambanya aku bagitau mak ayah aku " mak ayah.. minggu depan ada orang nak datang merisisk dan meminang.." mula-mula parents aku terkejut..yela aku ni xda boyfriend tetiba bagitau nak bertunang.. parents aku tanya siapa orang tu macam mana kenal dia.. aku dengan selamba jawab.   " tak kenal sangat pon dengan orang tu tapi rasa macam ngam dan rasa dia adalah jodoh.." lepas bagitau macam tu ayah terus cakap ok.. " ayah akan uruskan hal makanan.. kau dengan mak pergi cari barang hantaran dengan baju tunang.." Bila ayah kata macamtu aku terus kelu lidah.. time tu jugak rasa kelang kabut.. dlm masa seminggu nak wat preparation??? giler x...

hahaha.. macam realkan mimpi aku ni.. tu yang terkejut beruk bila time sedar tadi.. istighfar panjang aku...sebab sebelum tidur tu aku takda la berangan nak kahwin ke ape... Tapi maybe sebab banyak sangat jemputan kahwin kat FB kot..tu yang termimpi- mimpi.. 

Tak silap aku dua minggu sebelum ni pon aku mimpi bertunang gak.. Dalam mimpi tu rumah aku penuh dengan saudara mara... member-member aku plak sibuk tolong aku buat barang hantaran..

Entah betul ke tak makna mimpi ni aku pon tak tau.. wallahu'alam..
Lagipun, based on pengalaman aku dengan mimpi-mimpi aku sebelum ni tak pernah pon berlaku kat alam nyata..Aku anggap je ianya hanya mainan tidur..  Apapun, andai ini petunjuk darinya.. aku bermohon agar dipertemukan dengan jodoh yang tebaik buatku.. Amin ya Rabb.. :)





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday, 5 September 2013

Niat itu mudah. Tapi untuk melaksanakannya???

Assalamualaikum....




Apa khabar semua.. Alhamdulillah 3 september haritu genap usia aku 25 tahun.. Sekejap je rasa masa berlalu. Rasa diri ni masih kanak-kanak lagi... :)

Selama 25 tahun hidup di muka bumi ni banyak halangan dan ujian yang perlu di tempuhi. Ada yang best dan tak best. Tapi aku tak nak bercakap soal masa lalu sebab semua tu kenangan. So, simpan je dalam diari dan jadikannya pengalaman hidup.

Apa yang aku fikirkan adalah kehidupan aku sekarang.. Hari-hari lepas subuh siap-siap g kerja. kerja plak buat eksperiment.. siap experiment buat report. balik rumah rehat-rehat pastu tidur.. Esok ulang benda sama lagi. sampai seminggu.. hujung bulan tunggu slip gaji.

hahahha.. for sure mesti ramai hadapi situasi yang sama macam aku kan? 

Mesti rasa macam boringnya hidup ni. Mulalah terfikir bila hidup ni nak berubah.Tengok orang sekeliling dah berjaya rasa kagumnya dekat dia. Kita ni dari dulu masih kat takuk yang sama. Hidup static je...

Pasang niat untuk mendapatkan hidup yang lebih baik tu memang mudah. Tapi nak realisasikan tu perlukan cara dan usaha yang betul. Tapi pada aku apa yang penting semuanya kena bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita kena percaya dan yakin yang kita mampu lakukan. Jangan biar orang lain pandang rendah pada kita.

Kadang-kadang orang akan cakap "ko tak mampu buat punya".. jangan ambil kata-kata tu sebagai negatif sebab ia akan buat kita down... So, jadikan kata-kata tu pembakar semangat...Tapi ingat biarlah setiap usaha dan cita-cita kita tu kerana Allah..

Insyaallah dengan izinnya apa yang diimpikan akan terlaksana. Kerana setiap yang berusaha akan mendapat rezeki masing-masing...

So, aku doakan buat semua yang sedang berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik akan dipermudahkan. termasuklah diri aku sendiri..

Ok lah time for sleep...

SELAMAT MALAM.. 

Maaf kalau ada salah silap







Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 14 August 2013

Dilema 25 tahun ke atas...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dah seminggu Syawal dan hari ni pon aku dah start keje. Blur-blur jugak la tadi . Maklumlah dah seminggu cuti. Bila jumpa sanak saudara dah terlupa terus pasal kerja. Puas dah aku melantak ketupat rendang dengan segala bagai kuih muih.. Cousin aku kata makan je semua nanti balik KL baru diet.

Masa raya ni la nak nampak muka sepupu sepapat, mokcik pokcik..Masa raya ni la jugak sedara mara yg jauh-jauh tu nak beramah mesra tanya itu ini... ni anak sape...?? umur berapa...?? dah keje ke...?? dan soalan yang aku paling fobia nak dengar... BILA NAK KAHWIN??

Ni yg aku tak suka bila umur dah menjangkau 25 tahun.. soalan bila nak kawin ni dah jadi macam bayang-bayang aku pulak.. mana aku pergi mesti soalan sama. Lagi-lagi mak aku. Tiap kali aku pergi kenduri kawin kawan aku mak aku mesti cakap "Asyik makan nasi minyak orang je.. awak tu bila lagi??".. Ayat tak direct tapi pedas maknanya.. Mulalah la nasihat aku jangan pemalu sangat (aku ni kan perempuan.. pemalu tu dah sebati kot dalam diri), jangan memilih sangat, jangan jual mahal.. 

Ehmmmmm...  

Aku faham orang-orang yang bertanya ni semua ambil berat pasal aku. Tapi aku nak diorang faham aku bukan Allah yang mudah menyebut KUNFAYAKUN.... 

Bagi sesiapa yang sama dilema macam aku pekata korang standby dengan jawapan-jawapan ni

Kenapa lambat kahwin?
-Sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk saya

Dah berpunya?
-Dah.Setiap orang tu kan dah di tetapkan jodoh masing-masing

Siapa?
-Sampai masanya Allah akan perkenalkan

Bila?
-Bila kami dah dipertemukan olehnya.. InsyaAllah jemput ke walimatulurus kami.Jgn segan-segan.

Sesungguhnya jodoh pertemuankan di tangan Allah.Apa yang penting jika kita mahukan yang baik ubahlah diri kita ke arah kebaikan dahulu. Kalau minat atau suka pada seseorang  berusahalah dengan doa. Minta supaya dilembutkan hatinya..Mungkin kita tak cantik, gemuk. Tapi ingatlah cinta yang suci tak memandang paras rupa.. 

Ok cukuplah sampai kat sini.. Bagi yang bakal melansungkan perkahwinan di Hari Raya ni..

 SELAMAT PENGANTIN BARU












Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 2 August 2013

lelaki vs perempuan berbicara mengenai baju raya

Assalamualaikum w.b.t

Diam tak diam tinggal beberapa hari je lagi nak raya.. Dengar2 kat radio semalam jalan dah mula jem. Semua berpusu-pusu nak balik kampung. Semalam lepas iftar dengan member tempat kerja aku pergi hantar member aku sorang ni nak balik kampung. Dia punya beg dah macam orang nak pergi meniaga. Mana taknya handbag, beg sandang, beg baju besar plak tu. Orangnya kecik je..Biasa la perempuan kan.. Kalau lelaki aku rasa bawak beg sandang pon dah cukup.

Bercakap pasal baju ni kan.. baru-baru ni tengah aku fokus siapkan report tetiba...

Sahabat A- lelaki cina
Sahabat B- lelaki melayu
Sahabat C- perempuan melayu

Sahabat A: Azyra U sudah beli baju raya..??

Sahabat B: Mestilah dia dah beli entah-entah dah berpasang-pasang.. perempuan ni kalau raya tak da baju baru serupa sudah buat dosa...

Member A: Yalo.. kalau kita lelaki raya tak raya serupa itu macam jugak.. itu jeans tahun lepas pon ok saja kalau guna.. 

Sahabat B: Betul-betul. Kalau pergi shopping sana sini baju perempuan je. Macam-macam design. warna warni. Mau cari baju lelaki pon susah. Kalau lelaki design serupa je.. Ada kolar, xda kolar pastu kotak-kotak, jalur-jalur dengan plain.


      

  


********** Turn aku menyampuk **********

Aku: Amboi-amboi seronoknya sembang kan... Korang ni tau tak bila perempuan dapat pakai baju, tudung, kasut, handbag baru dia punya semangat tu bleh up to more than 100%. Kalau raya pakai baju tahun lepas macam akan rasa down tau.. walaupon bukannya orang tahu tu baju lama ke baru.. 

********Turn kawan perempuan aku plak backup*********

Sahabat C: Hahahahaha.. Kalau nak pergi kerja ke jalan-jalan selalu rasa macam takda baju nak pakai. Padehal almari penuh dengan baju...Kalau pakai baju sama je ulang-ulang rasa bosan.. 

Sahabat B: Ish...Ish..Ish.. tak faham aku pompuan ni..Habis kalau couple camtu la?? rasa bosan je tukar lain??

Aku: Part yang ni terbalik... perempuan setia pada yang satu.. lelaki je yang banyak koleksi..

Sahabat B: Ehm... (diam)

Ambik kau ko hentam aku dengan mercun ketupat aku balas dengan meriam buluh senyap terus... 

Memang perempuan ni suka kan sesuatu yang cantik, nak sentiasa nampak kemas... Tapi selaku kaum sejantina aku nasihatkan berbelanja biarlah berpada-pada.. Jangan kang lepas raya makan nasi lauk kicap je sebab nak bergaya sakan time raya.. 

So, sebelum ramadhan berlalu... sebelum aidilfitri menjelma...aku ingin memohon maaf andai ada coretan jemari aku yang kasar atau mengguris hati. 

Selamat menikmati hari-hari terakhir ramadhan. Yang di jalan raya jangan pandu laju-laju.. Insyaallah bawak slow-slow sempat makan ketupat dgn rendang bersama sanak saudara... 

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 26 July 2013

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.

Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.

Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni  mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.

Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.

Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday, 25 July 2013

NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang best hari ni?? Cuti!!!!... 

Ingat!! cuti hari ni bukan suka2 nak bagi korang lepak2 tak buat apa2 kat rumah.. Hari ni 17 Ramadhan dimana kita di kehendaki mengingati peristiwa  turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat sehingga menjadi lengkap.

Masa zaman jahiliah dulu sebelum adanya Al-Quran manusia hidup dalam kesesatan. Dengan adanya Al-Quran manusia mula berubah dari kesesatan kepada meyembah Allah yang satu.




Kalau sebelum korang dapat lesen dulu korang ada pergi kelas memandu kan?? Dia ada bagi buku panduan. Korang kena baca buku tu supaya bila kat jalan raya korang aku ikut undang-undang yang dah ditetapkan. Sekarang ni banyak sangat kemalangan.. sebab apa?? sebab kita baca buku panduan jalan raya tu tapi kita tak fahamkan apa yang di tulis dan kita tak amal.

Sekarang aku nak kaitkan buku panduan memandu tadi dengan Al-Quran. Sebagai hamba Allah di muka bumi ni buku panduan kita adalah Al-Quran.. Insyaallah kalau kita baca, kita faham dan kita amalkan apa yang ada dalam Al-Quran hidup kita akan jadi mudah. Memang ada masanya hidup kita ni berliku tapi kalau kita berpandukan Al-Quran liku2 tu kita dapat lalui dengan tenang.

Tu jela aku nak kongsikan dengan korang... Nak share detail aku bukannya pandai pon. Kang salah pulak.. 

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Kerja dan lagu raya....

Assalamualaikum w.b.t

Eh dah setengah bulan ke kita berpuasa?? kejap je rasa.. sedar-sedar kat radio dah ada lagu raya.. Tapi sebab rumah aku dekat sangat ngan tempat keje tak dan satu lagu raya nak habis dah sampai tempat keje..Tak leh nak feeling langsung.

Hari ni penat sangat rasanya.. sebab hari ni aku aku kene training budak2 baru kat lab. Konon senior la aku ni.. Padahal nyampah betul kalau orang panggil aku senior..Tapi takpe at least tu cara diorang respect aku. hihi..

Selamat la budak-budak baru ni masuk masa nak dekat-dekat puasa. Tak da la aku kebosanan tahap melampau..Ada jugak orang aku nak ajak sembang-sembang. Kalau tak keras cam batu aku duk sorang2 tak bercakap.

Memandangkan esok nak cuti Nuzul Quran + cuti hujung minggu mood pon semua dah melayang. Tapi tetap gigih buat kerja sebab kalau tak nanti bos duk tengok je.. Sekali dalam area pukul 3 bos dah angkut botol air dia.. Kalau dia dah bersama dengan botol air dia maknanya dia dah nak balik.. Dalam hati YES!YES!YES..

Lepas je bos balik.. kitorang pon sakan pasang youtube nak dengar lagu raya.. Tapi kerja masih diteruskan.. sebab tak baik makan gaji buta..Buat kerja sambil layan lagu raya baru la syok. Cina tempat aku ni pon join sekali.. " Oooo .. ini lagu saya tau.. saya selalu dengar dekat Klasik Nasional.." Yang india pulak.. "Zyra kau kasi pasang lagu yang sudilah rasa kuihku..." .. Bagus diorang ni layan jugak lagu2 melayu.

Yang duduk jauh bila dengar lagu2 raya ni semua dah rasa nak balik kampung halaman.Aku sebab hari2 balik kg halaman jadi perasaan menghayati lagu tu tak la sangat.. Tapi aku tetap rindu nak jumpa sanak saudara.. 


Ok la.. selamat berehat.. Isikan masa cuti ni dengan perkara bermanfaat.. 











Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ