Wednesday 11 November 2015

Allah genggam doaku


Lumrah manusia akan timbul persoalan kenapa dan mengapa doa belum termakbul. Sedangkan solat tak tinggal. tahajud dengan linangan air mata setiap malam. Ibadah2 sunat dikerjakan..sedekah..jaga tutur kata.. Tapi seakan sia-sia..

Jika kita faham konsep islam..kita akan redha dan istiqamah dalam ibadah walaupun doa yang di pohon belum termakbul. Allah ingin melihat sejauh mana hambanya benar-benar ikhlas. Adakah kita beribadah kerana mahukan balasan ataupun ianya datang dari naluri hati untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Buat semua yang doa masih belum termakbul bersabarlah. Ganjaran bagi orang yang sabar besar pahalanya. Ingatlah bahawa hidup di dunia ni hanya sementara.. Tuhan itu maha adil dan setiap ujian yang diberikan menjadikan kita lebih matang. Jangan sesekali mempersoalkan aturan yang telah dirancang olehnya kerana ia adalah pencipta. 

Jika ada manusia2 yang pertikaikan soal kenapa rezeki kamu lambat tak seperti orang lain.   Pesanlah pada hati bahawa rezeki itu bukan datang dariku kerana aku hanya seorang hamba bukannya pencipta.

Teruskan berdoa
" jika rezeki itu di langit turunkanlah..jika di bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika jauh dekatkanlah.. Jika haram sucikanlah...limpahkanlah kepadaku rezeki sepertimana engkau berikan pada hamba-hambamu yang soleh"

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

No comments:

Post a Comment