Tuesday, 31 December 2013

AKU DAN AZAM 2014

Assalamualaikum....

Jangan confius dengan tajuk entri ni... Kang ada plak ingat aku nak cerita kisah aku dengan insan bernama Azam.. bukan ea.. Azam yang aku maksudkan adalah perancangan atau target yang aku nak capai tahun 2014. Yela, takkan hidup ni sesajakan.. mestilah ada matlamat.. barulah kita tak rasa hidup ni sia-sia.

Rasanya tiap-tiap tahun aku pasang azam. Tapi aku pun dah lupa apa azam-azam aku tu. So, this year aku nak listkan dalam blog ni supaya tak da la aku lupa..

1) Nak Kuruskan Badan

Rasanya azam ni tiap-tiap tahun ada dalam list aku.. Tapi susah betul nak tunaikan. Mana tak nya pantang orang ajak makan mesti follow je.. Setiap bulan plak member office suka ajak pergi fast food.. So, pasni please jangan la pergi fast food lagi..

2) Jadi Insan yang lebih baik

Insyaallah kalau boleh aku nak jadi anak yang solehah.. solat awal waktu..sentiasa jaga setiap tutur kata aku.. mana la tahu ada masa aku gurau-gurau dalam tak sedar aku singgung hati orang.

3) Cari kerja baru

Gedik betul nak cari kerja lain. Padehal tempat kerja sekangkang kera ngan rumah. jalan kaki pon leh sampai..Tapi kalau ada rezeki yang lebih baik apa salahnyakan..

4) Tamatkan zaman bujang @ kahwin

haaaaa... azam ni mak aku yang suruh tanamkan dalam diri..So, nak tak nak kena la masukkan dalam list.. tak baik melawan cakap mak. Tapi azam ni macam susah je..

5) Belajar masak

Aku ni peminat setia masterchef.. Tapi bila kena masuk dapur ehm.. hancus.. aku kalau masak main suka hati je buat formula sendiri.. So, this year aku nak belajar masak ikut formula yg betul..

Cukup la 5 je azam untuk tahun ni... takut tak tertunai pulak kalau azam banyak sangat.. kang sape yang kecewa??? aku jugak. Semoga Allah akan memberkati dan mempermudahkan perjalanan hidupku. Korang yang baca blog aku ni tolong la doakan untuk aku sekali ye..Aku pon doakan segala azam dan cita-cita korang akan tercapai..






Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Monday, 4 November 2013

Kita hanya mampu merancang.. tuhan yang menentukan..

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah (1435H) buat semua. Alhamdullilah kita masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan. Sebagai seorang hamba di muka bumi ini kita seringkali membuat perancangan untuk kehidupan kita. Kita slalu plan nak buat tu nak buat ni..  Ada masanya apa yang kita rancang tu menjadi ada masanya tak menjadi.

Kadang-kadang kita dah buat perancangan cantik, plan baik punya.. tinggal nak laksanakan je. Tapi bila sampai masa apa yang kita rancang tu tak dapat nakdilaksanakan. Huh, mesti sedih dan frust kan??

Contohnya, last week aku dah plan nak pergi negeri sembilan. Member kahwin.. Last minute cancel. sebab sume ada hal. Minggu ni pulak, sepatutnya sabtu ni aku dan geng UPM dah plan trip ke melaka. Sebulan dah merancang. Siap buat tentatif lagi. Tapi..... sekali lagi terpasksa batalkan sebab kawan aku kene kerja sabtu ni... bos tak bagi cuti.. sedih??? of course la.. dua tahun lebih dah tak jumpa.. 

Sebelum ni pon aku yang rancang nak berhenti kerja. Sebab aku plan nak pindah rumah.. Tapi tup tup..
orang yang senyap-senyap cam nak stay kerja situ lama dia yang berhenti dulu. 



Itulah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Sebab tulah Allah mahu kita gantungkan harapan yang tinggi padanya. Kalau apa yang kita rancang tu tak jadi kita akan dapat terima dengan lapang dada. 



Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)


Kita merancang... Allah jua merancang.. namun perancangannya adalah yang terbaik kerana Allah maha mengetahui..So kalau korang dah plan something dan korang dah berangan yang perancangan korang tu akan berjaya.. jangan la sedih kalau tetibe tak menjadi.. terimalah dengan redha dah anggap yang setiap sesuatu tu tersirat hikmah di sebaliknya.


Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Saturday, 5 October 2013

mimpi bertunang...

Assalamualaikum...





Pagi ni macam pagi-pagi biasa pukul 6.20 pagi aku dah terjaga.. sebab nak solat subuh.. tapi bezanya pagi ni aku bangun jantung aku pam laju giler dan menyebabkan aku sesak nafas... Aku bukan sakit jantung ok.. ni semua sebab mimpi tu.. MIMPI AKU NAK BERTUNANG!!!
Sebelum solat subuh tu aku ambil masa ntok rest kejap supaya aku balik ke alam nyata..

Lepas selesai solat subuh tu.. aku pon terus la menggoogle ntok tafsirkan apa makna mimpi aku tu.. dan hasilnya..

Maksud mimpi bertunang: 
Anda akan kahwin dalam masa terdekat atau tahun ini juga..

What............?? kelakar plak bila baca makna mimpi ni.. 
Meh aku story sikit mimpi aku malam tadi.. dalam mimpi tu entah macam mana dengan selambanya aku bagitau mak ayah aku " mak ayah.. minggu depan ada orang nak datang merisisk dan meminang.." mula-mula parents aku terkejut..yela aku ni xda boyfriend tetiba bagitau nak bertunang.. parents aku tanya siapa orang tu macam mana kenal dia.. aku dengan selamba jawab.   " tak kenal sangat pon dengan orang tu tapi rasa macam ngam dan rasa dia adalah jodoh.." lepas bagitau macam tu ayah terus cakap ok.. " ayah akan uruskan hal makanan.. kau dengan mak pergi cari barang hantaran dengan baju tunang.." Bila ayah kata macamtu aku terus kelu lidah.. time tu jugak rasa kelang kabut.. dlm masa seminggu nak wat preparation??? giler x...

hahaha.. macam realkan mimpi aku ni.. tu yang terkejut beruk bila time sedar tadi.. istighfar panjang aku...sebab sebelum tidur tu aku takda la berangan nak kahwin ke ape... Tapi maybe sebab banyak sangat jemputan kahwin kat FB kot..tu yang termimpi- mimpi.. 

Tak silap aku dua minggu sebelum ni pon aku mimpi bertunang gak.. Dalam mimpi tu rumah aku penuh dengan saudara mara... member-member aku plak sibuk tolong aku buat barang hantaran..

Entah betul ke tak makna mimpi ni aku pon tak tau.. wallahu'alam..
Lagipun, based on pengalaman aku dengan mimpi-mimpi aku sebelum ni tak pernah pon berlaku kat alam nyata..Aku anggap je ianya hanya mainan tidur..  Apapun, andai ini petunjuk darinya.. aku bermohon agar dipertemukan dengan jodoh yang tebaik buatku.. Amin ya Rabb.. :)





Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Thursday, 5 September 2013

Niat itu mudah. Tapi untuk melaksanakannya???

Assalamualaikum....




Apa khabar semua.. Alhamdulillah 3 september haritu genap usia aku 25 tahun.. Sekejap je rasa masa berlalu. Rasa diri ni masih kanak-kanak lagi... :)

Selama 25 tahun hidup di muka bumi ni banyak halangan dan ujian yang perlu di tempuhi. Ada yang best dan tak best. Tapi aku tak nak bercakap soal masa lalu sebab semua tu kenangan. So, simpan je dalam diari dan jadikannya pengalaman hidup.

Apa yang aku fikirkan adalah kehidupan aku sekarang.. Hari-hari lepas subuh siap-siap g kerja. kerja plak buat eksperiment.. siap experiment buat report. balik rumah rehat-rehat pastu tidur.. Esok ulang benda sama lagi. sampai seminggu.. hujung bulan tunggu slip gaji.

hahahha.. for sure mesti ramai hadapi situasi yang sama macam aku kan? 

Mesti rasa macam boringnya hidup ni. Mulalah terfikir bila hidup ni nak berubah.Tengok orang sekeliling dah berjaya rasa kagumnya dekat dia. Kita ni dari dulu masih kat takuk yang sama. Hidup static je...

Pasang niat untuk mendapatkan hidup yang lebih baik tu memang mudah. Tapi nak realisasikan tu perlukan cara dan usaha yang betul. Tapi pada aku apa yang penting semuanya kena bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita kena percaya dan yakin yang kita mampu lakukan. Jangan biar orang lain pandang rendah pada kita.

Kadang-kadang orang akan cakap "ko tak mampu buat punya".. jangan ambil kata-kata tu sebagai negatif sebab ia akan buat kita down... So, jadikan kata-kata tu pembakar semangat...Tapi ingat biarlah setiap usaha dan cita-cita kita tu kerana Allah..

Insyaallah dengan izinnya apa yang diimpikan akan terlaksana. Kerana setiap yang berusaha akan mendapat rezeki masing-masing...

So, aku doakan buat semua yang sedang berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik akan dipermudahkan. termasuklah diri aku sendiri..

Ok lah time for sleep...

SELAMAT MALAM.. 

Maaf kalau ada salah silap







Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Wednesday, 14 August 2013

Dilema 25 tahun ke atas...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dah seminggu Syawal dan hari ni pon aku dah start keje. Blur-blur jugak la tadi . Maklumlah dah seminggu cuti. Bila jumpa sanak saudara dah terlupa terus pasal kerja. Puas dah aku melantak ketupat rendang dengan segala bagai kuih muih.. Cousin aku kata makan je semua nanti balik KL baru diet.

Masa raya ni la nak nampak muka sepupu sepapat, mokcik pokcik..Masa raya ni la jugak sedara mara yg jauh-jauh tu nak beramah mesra tanya itu ini... ni anak sape...?? umur berapa...?? dah keje ke...?? dan soalan yang aku paling fobia nak dengar... BILA NAK KAHWIN??

Ni yg aku tak suka bila umur dah menjangkau 25 tahun.. soalan bila nak kawin ni dah jadi macam bayang-bayang aku pulak.. mana aku pergi mesti soalan sama. Lagi-lagi mak aku. Tiap kali aku pergi kenduri kawin kawan aku mak aku mesti cakap "Asyik makan nasi minyak orang je.. awak tu bila lagi??".. Ayat tak direct tapi pedas maknanya.. Mulalah la nasihat aku jangan pemalu sangat (aku ni kan perempuan.. pemalu tu dah sebati kot dalam diri), jangan memilih sangat, jangan jual mahal.. 

Ehmmmmm...  

Aku faham orang-orang yang bertanya ni semua ambil berat pasal aku. Tapi aku nak diorang faham aku bukan Allah yang mudah menyebut KUNFAYAKUN.... 

Bagi sesiapa yang sama dilema macam aku pekata korang standby dengan jawapan-jawapan ni

Kenapa lambat kahwin?
-Sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk saya

Dah berpunya?
-Dah.Setiap orang tu kan dah di tetapkan jodoh masing-masing

Siapa?
-Sampai masanya Allah akan perkenalkan

Bila?
-Bila kami dah dipertemukan olehnya.. InsyaAllah jemput ke walimatulurus kami.Jgn segan-segan.

Sesungguhnya jodoh pertemuankan di tangan Allah.Apa yang penting jika kita mahukan yang baik ubahlah diri kita ke arah kebaikan dahulu. Kalau minat atau suka pada seseorang  berusahalah dengan doa. Minta supaya dilembutkan hatinya..Mungkin kita tak cantik, gemuk. Tapi ingatlah cinta yang suci tak memandang paras rupa.. 

Ok cukuplah sampai kat sini.. Bagi yang bakal melansungkan perkahwinan di Hari Raya ni..

 SELAMAT PENGANTIN BARU












Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 2 August 2013

lelaki vs perempuan berbicara mengenai baju raya

Assalamualaikum w.b.t

Diam tak diam tinggal beberapa hari je lagi nak raya.. Dengar2 kat radio semalam jalan dah mula jem. Semua berpusu-pusu nak balik kampung. Semalam lepas iftar dengan member tempat kerja aku pergi hantar member aku sorang ni nak balik kampung. Dia punya beg dah macam orang nak pergi meniaga. Mana taknya handbag, beg sandang, beg baju besar plak tu. Orangnya kecik je..Biasa la perempuan kan.. Kalau lelaki aku rasa bawak beg sandang pon dah cukup.

Bercakap pasal baju ni kan.. baru-baru ni tengah aku fokus siapkan report tetiba...

Sahabat A- lelaki cina
Sahabat B- lelaki melayu
Sahabat C- perempuan melayu

Sahabat A: Azyra U sudah beli baju raya..??

Sahabat B: Mestilah dia dah beli entah-entah dah berpasang-pasang.. perempuan ni kalau raya tak da baju baru serupa sudah buat dosa...

Member A: Yalo.. kalau kita lelaki raya tak raya serupa itu macam jugak.. itu jeans tahun lepas pon ok saja kalau guna.. 

Sahabat B: Betul-betul. Kalau pergi shopping sana sini baju perempuan je. Macam-macam design. warna warni. Mau cari baju lelaki pon susah. Kalau lelaki design serupa je.. Ada kolar, xda kolar pastu kotak-kotak, jalur-jalur dengan plain.


      

  


********** Turn aku menyampuk **********

Aku: Amboi-amboi seronoknya sembang kan... Korang ni tau tak bila perempuan dapat pakai baju, tudung, kasut, handbag baru dia punya semangat tu bleh up to more than 100%. Kalau raya pakai baju tahun lepas macam akan rasa down tau.. walaupon bukannya orang tahu tu baju lama ke baru.. 

********Turn kawan perempuan aku plak backup*********

Sahabat C: Hahahahaha.. Kalau nak pergi kerja ke jalan-jalan selalu rasa macam takda baju nak pakai. Padehal almari penuh dengan baju...Kalau pakai baju sama je ulang-ulang rasa bosan.. 

Sahabat B: Ish...Ish..Ish.. tak faham aku pompuan ni..Habis kalau couple camtu la?? rasa bosan je tukar lain??

Aku: Part yang ni terbalik... perempuan setia pada yang satu.. lelaki je yang banyak koleksi..

Sahabat B: Ehm... (diam)

Ambik kau ko hentam aku dengan mercun ketupat aku balas dengan meriam buluh senyap terus... 

Memang perempuan ni suka kan sesuatu yang cantik, nak sentiasa nampak kemas... Tapi selaku kaum sejantina aku nasihatkan berbelanja biarlah berpada-pada.. Jangan kang lepas raya makan nasi lauk kicap je sebab nak bergaya sakan time raya.. 

So, sebelum ramadhan berlalu... sebelum aidilfitri menjelma...aku ingin memohon maaf andai ada coretan jemari aku yang kasar atau mengguris hati. 

Selamat menikmati hari-hari terakhir ramadhan. Yang di jalan raya jangan pandu laju-laju.. Insyaallah bawak slow-slow sempat makan ketupat dgn rendang bersama sanak saudara... 

Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ

Friday, 26 July 2013

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.

Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.

Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni  mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.

Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.

Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.








Kalau suka jangan segan2 nak like Then comment. TQ